Perkongsian video selebriti Zoey Rahman menerusi laman sosial miliknya menarik perhatian dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya mengenai perubahan wajahnya.

Rata-rata netizen berasa hairan dengan wajah Zoey yang kelihatan sangat berbeza dari sebelum ini sehinggakan ada yang tidak mengenali selebriti itu.

“Dulu masa aku study, aku nampak dia tengah shooting apa benda ntah kat KL Sentral. Bapak hensem namati. Sekarang aku pun tak kenal dah rupa dia.

“Kenapa lain benar muka sekrang ini. Jauh gila beza dengan dulu… sampai aku tak kenal dah siapa ini.

“Aku sampai google muka Zoey macam mana dulu… adoi,” antara komen netizen di ruang perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, Zoey ketika dihubungi Gempak menjelaskan wajahnya kelihatan berbeza disebabkan kesan ‘filter’ yang digunakan selain memakai solekan.

“Dalam video itu nampak lain, sebab saya pakai effect filter. Make up tu pun saya hanya pakai foundation, bedak, dan soft matte lip cream Mikaseries saja.

“Mungkin effect itu yang buatkan nampak macam beriya-iya make up,” kata Zoey kepada Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@zoeyrahman Hi #borneo ❤️ #fyp #fypシ #belijiwa #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #mikaseries #makeup #makeuptutorial #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ♬ Commando - Mavokali