Pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura sekali lagi mencuri tumpuan wargamaya disebabkan telatah lucu mereka berdua dalam sebuah video di Youtube yang dikongsi baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Youtube ‘myFazura’, aktor kacak Fattah Amin telah diberikan tugasan untuk menata rias wajah isteri tercintanya itu sebelum mereka berdua hadir untuk sesi makan malam bersempena ulang tahun Fazura pada 27 September lalu.

Dalam pada itu, menerusi video berdurasi 17 minit tersebut, ayah kepada Nur Fatima Aisya menjelaskan itu adalah pertama kali dirinya menyolek wajah seseorang wanita.

Bertambah lucu lagi, apabila Fazura mengadu tangan juru soleknya itu berbau makanan asam pedas ketika sedang meratakan krim di wajahnya.

Selain itu, ada juga dalam kalangan peminat mereka yang memuat naik semula beberapa sedutan daripada video berkenaan sehingga tular di laman TikTok.

@sukasukeee #fattzura #fazura #fattahamin ♬ original sound - Sukasukeee

Sementara itu, di ruangan balas rata-rata wargamya turut terhibur dengan gelagat pasangan berkenaan.

@NurShahirah: “Selalu kelakar, comel dua-dua ni. Love always”.

@id444: “Comel je dua-dua, semoga berbahagia selalu ya Fattah dan Fazura”.

@NurHafifi: “Senyum je aku tengok video ini, comel betul couple ni,” antara komen wargamaya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!