Laman Utama

[VIDEO] Nonny Nadirah Akui Pernah Jahil Tentang Agama Islam - “Banyak Kali Saya Tertanya Macam…”

Asyikin Mayudin
07/08/2023
23:47 MYT
Pelakon Nonny Nadirah mengakui dia pernah berada dalam keadaan jahil apabila mempersoalan mengenai tujuan dalam hidup dan kewujudan Allah.
Nonny menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Hijabistamy berkata persoalan itu timbul disebabkan dirinya tidak mempunyai pengetahuan agama yang luas.
“Apa sebenarnya tujuan kita dalam dunia ini… apa sebabnya kita dicipta? Dulu Nonny tak tahu, kadang-kadang Nonny bertanya siapa ini terutama Allah itu siapa? Banyak kali Nonny tertanya macam itu.
“Kadang-kadang orang cakap jangan macam itu, nanti macam kita persoalkan. Tapi sebabkan kita tak ada basic agama yang betul, itu yang menyebabkan kita keluar dengan soalan-soalan yang pelik,” katanya.
Menurut Nonny, disebabkan itu juga dia mencuba untuk mencari orang sekeliling yang terbaik untuk membawanya ke arah yang lebih baik.
“Sebab itu Nonny cuba cari sekeliling Nonny yang terbaik, walaupun latar belakang saya bukan yang terbaik. Memang dari keluarga yang bercerai berai, yang memang hidup berasingan dengan keluarga.
“Lepas itu dengan bekerja pula dulu dekat club… latar belakang memang orang cakap tak baik. Tiba-tiba dapat rezeki masuk industri seni. Nonny pun teruskan macam biasa, tanpa ada guide yang betul.
“Apa yang Nonny rasa nak buat, Nonny buat,” ujarnya lagi.
Dalam video temu bual penuh, Nonny turut mengucapkan rasa syukur apabila dia didampingi dengan keluarga dan sahabat seperti penyanyi Mila Jirin dan Heliza yang membantu membimbing dirinya selain memperbanyakkan ibadah solat.
Bukan itu sahaja, Nonny juga menitipkan nasihat untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama supaya lebih mengutamakan Allah dalam kehidupan.
BACA SINI: Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”
@hijabistamy Akui pernah melalui fasa hidup yang carca marba sehinggakan hilang 3 tahun. Nonny Nadirah akui tidak akan putus asa… #iamhijabi #hijabistamagazine #trendingvideo #berandatiktok ♬ original sound - Hijabista, KL MY
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

gempak
24/07/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menegaskan dirinya tidak memberontak seperti yang diperkatakan warganet sebelum ini.
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Selepas Video Menari Berkemban, Jual Produk Sambil Terkangkang, Nonny Tampil Muat Naik Video Mandi Pula

gempak
17/07/2024
09:55 MYT
Kebelakangan ini, hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali menjadi perhatian dengan kontroversi membuat hantaran yang dianggap keterlaluan.
Hiburan

Nonny Nadirah Dedah Kini Berstatus Janda? - “Single, Dah Dekat Empat Tahun Tak Disentuh”

gempak
15/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah menegaskan dia tidak pernah menggunakan imej seksi untuk mendapatkan kemewahan dan perniagaan yang diusahakan kini.
Hiburan

Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

gempak
14/07/2024
00:55 MYT
Pelakon dan penyanyi sensasi Nonny Nadirah tampil berkongsi luahan hatinya yang mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menerimanya kerana Allah.