Penglibatan pelakon, Norman Hakim dalam program The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3) ternyata mengejutkan netizen.

Apatah lagi apabila namanya didedahkan sebagai figura di sebalik maskot Zirafah pada Jumaat.

Tidak hanya netizen, malah anak-anak pelakon kacak ini juga tidak percaya bahawa bapa kesayangan mereka merupakan bintang TMSMY3.

Menerusi sepotong video yang dikongsi isterinya iaitu aktres Memey Suhaiza, jelas merakamkan reaksi teruja anak-anak mereka selepas Zirafah membuka maskotnya.

Pada mulanya mereka terpegun kerana terkejut dan kemudiaannya terus menjerit sebelum meluru dan memeluk Norman yang sedang ketawa di atas kerusi sebaik sahaja melihat reaksi anak-anaknya.

“Siapa layan The Masked Singer Malaysia 3? Penat simpan rahsia… Jadi dah terjawab yang Zirafah tu adalah kesayangan mummy @normanhakim_786.

“Setiap minggu tengok dengan anak-anak. Diaorang nak teka-teka siapa dalam maskot tu. Diaorang pun tak kenal sangat siapa selebriti.

“Tapi anak-anak suka sangat tengok maskot dalam The Masked Singer tu. Ada dalam satu minggu tu Kikim tengah tengok dia cakap “suara Zirafah macam papa kan mummy”

“Tergelak-gelak papa dengar bila Kikim cakap macam tu. Jadi hari ni memang tunggu nak tengok reaksi anak-anak.

“Kemain excited dan riuh bila nampak papanya yang buka maskot tu,” kongsi Memey.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Dalam hantaran sama, sebagai seorang isteri Memey juga turut meluahkan rasa bangga dengan usaha dan dedikasi yang diberikan suaminya untuk TMSMY3.

“Dear suami @normanhakim_786 , sayang tahu love dah usaha untuk buat yang terbaik… I’ve seen your diciplines,komitmen and tremendous efforts untuk Zirafah ni.

“Untuk sayang, minggu pertama hingga keenam adalah minggu yang terbaik dan membanggakan tau. So proud of you,” coretnya.

BACA: TMSMY3: Tekaan Kak Lina Power! Tak Sangka Zirafah Rupanya Norman Hakim!

Minggu ini, Zirafah menyampaikan lagu berjudul Lelaki Seperti Aku nyanyian asal Alif Satar.

Selain Zirafah, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Bertih Jagung dan Nyoq Muda.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.