Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO] “Padam Sekarang Sebelum Terlambat!”- Syamsul Yusof Beri Amaran

Syafiqah Jalal 26/06/2022 | 05:40 MYT

Pengarah Syamsul Yusof berang terhadap segelintir pengguna media sosial yang memuat naik klip filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan secara haram ketika menonton di pawagam.

Syamsul memberi amaran kepada pengguna media sosial itu supaya memadamkannya sebelum ia terlambat.
"Kepada pengguna TikTok atau mana-mana platform media sosial lain sila hati-hati.
“Tidak dibenarkan memuat naik visual atau klip daripada filem melebihi lima saat. Padam sekarang sebelum terlambat," tegasnya.
Anak kepada produser filem Datuk Yusof Haslam itu meluahkan rasa tidak puas hatinya di akaun Instagram miliknya.
Menurut Syamsul pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Pihak penerbit berhak saman anda dan tindakan mahkamah boleh dikenakan. Saya tidak mahu kes saman filem Munafik 2 dulu berulang lagi, sehingga kedua-dua orang tua menangis dan memohon maaf atas perbuatan tidak bertanggungjawab anak mereka.
"Maaf saya terpaksa ambil juga tindakan mahkamah dulu. Akhirnya diisytihar muflis dan nama disenarai hitam kerana saman gagal dibayar.
“Tindakan (memuat naik) sangat tidak berbaloi. Tolong ambil maklum dan jangan susahkan diri sendiri. Ini kesalahan berat," pintanya.
Semalam, dalam masa yang sama Syamsul turut mengumumkan Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus mencetus fenomena dan mencatat rekod luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan hampir RM3 juta setakat dua hari ditayangkan.

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

#pelakon #Filem #Syamsul Yusof #Mat Kilau #Amaran #Marah
;