gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO] Panjat Flyover Semata Nak Tengok Sunset? Gelagat Individu-Individu Ini Bikin Netizen Kecut Perut - “Kalau Jatuh…”

Izwan Isa
Izwan Isa
06/07/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Panjat Flyover Semata Nak Tengok Sunset? Gelagat Individu-Individu Ini Bikin Netizen Kecut Perut - “Kalau Jatuh…”

Setiap orang mempunyai kegilaan tersendiri dalam mendapatkan sesuatu dan mungkin kegilaan ini tepat untuk menggambarkan aktiviti sekumpulan individu yang difahamkan sanggup memanjat flyover di tengah-tengah lebuh raya untuk melihat matahari terbenam.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, individu-individu berkenaan didakwa memanjat flyover yang terletak di Bernam Jaya, Tanjung Malim, Perak.
Lebih menghairankan, mereka yang terlibat langsung tidak menunjukkan perasaan gentar. Malah, dengan selambanya melambai-lambai ke arah pemandu yang melintas flyover berkenaan. Hal tersebut menimbulkan rasa gusar dalam kalangan netizen. Tuan empunya rakaman turut menulis: “Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jadi said goodbye.”
@missblackwhite__
Kalau jatuh terus tak jadi tengok sunset, dia jdi said goodbye?
♬ original sound - Syahmi Hisham
Selain itu, menerusi ruangan komen, ada juga melahirkan rasa seriau, selain seram melihat pelakuan berani individu-individu berkenaan.
“Ya Allah aku yang seram tengok.”
“Bukan setakat bahayakan diri sendiri, bahayakan pengguna jalan raya juga. Kot ye pun nak tengok sunset pergi tempat yang sepatutnya, bukan atas flyover.”
Untuk rekod, pada 2017, lima individu menerima kecaman hebat kerana memanjat arca gergasi perkataan ‘Ipoh’.
Bagaimanapun, selepas aktiviti mereka itu viral, kelima-lima individu berkenaan tampil untuk membuat permohonan maaf.
Topic Berkaitan
#Perak
#Flyover
#Sunset
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement