Pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf kepada usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ekoran video parodi yang dibikin buat siaran sebuah program hiburan minggu lepas.
Jelas Catriona, dia mengambil masa yang lama untuk memberikan respon terhadap ketidakpuasan hati Iqbal terhadap video parodinya kerana sibuk menguruskan keluarga.
Malah, Catriona atau lebih popular kini dengan panggilan Kak Kek menafikan tuduhan Iqbal bahawa dirinya melakukan video terbabit disebabkan tawaran lumayan.
"Saya minta maaf kerana lambat kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.
"Tapi hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat.
"Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berkiblatkan duit.
"Apatah lagi sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas saya mengikut kehendak, keperluan dan profesionalisme saya sebagai seorang pelakon.
"Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Iqbal merasa lebih tenang dan damai selepas ini.
"Sebab saya pun terkejut apabila Iqbal mengatakan Iqbal seolah-olah mengalami depresi kerana masalah Iqbal," katanya dalam hantaran video di Instagram Stories pada Selasa.
Sehubungan itu juga, Catriona meminta izin untuk berkongsi pandangan dan sebingkis nasihat buat Iqbal yang mana namanya kini sedang sohor di media sosial ekoran episod kisah cintanya bersama Datuk Seri Vida.
Tegur Catriona dengan analogi ringkas; sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
"Dan saya minta izin juga daripada seorang kakak kepada seorang adik, sebagai seorang yang jauh lebih matang saya nak nasihatkan Iqbal sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat dahsyat.
"Pada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat.
"Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis kepada Iqbal ya. Mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih," ujarnya.
Video parodi Catriona turut menampilkan Danial dan Jihan Muse yang difahamkan melakonkan semula babak dalam video kejutan hari jadi Iqbal oleh Datuk Seri Vida baru-baru ini.
Hal itu secara tidak langsung mengguris hati Iqbal dan membuatkannya terkilan.
"Saya tak sangka Kak Kek mampu bawa watak Datuk Seri Vida dengan sangat menjadi dan menghiburkan.
"Cuma saya betul-betul terkilan. Saya berdepan depresi ditekan dengan pelbagai tohmahan. Sanggup Kak Kek buat begitu...
"Saya terfikir adakah Kak Kek melakukan ini sebagai satu sindiran ataupun hanya kerana dapat bayaran?
"Ada perkara boleh bergurau, di saat saya kritikal begini boleh dijadikan bahan jenaka?" ujarnya yang telah cuba menghubungi Catriona namun tidak berjawab.
Amri Hassan
Wed Sep 29 2021
_1.png?ext=.png)

Kontroversi Perkahwinan, Chot Perlu Masa Bertenang Sebelum Beri Kenyataan
Mohon diberi masa.
![[VIDEO] Muhammad Bilal Sambut Ulang Tahun Pertama, Netizen Titip Doa; “ Semoga Menjadi Anak Yang Soleh…” [VIDEO] Muhammad Bilal Sambut Ulang Tahun Pertama, Netizen Titip Doa; “ Semoga Menjadi Anak Yang Soleh…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/doc/shahrin-canva-fb-2023-01-29t104710-653.png?ext=.png)
[VIDEO] Muhammad Bilal Sambut Ulang Tahun Pertama, Netizen Titip Doa; “ Semoga Menjadi Anak Yang Soleh…”
Happy Birthday Bilal

AKIRA KHAN - EPISOD 4 | PART 4
Raden terasa pelik seakan telah jatuh cinta terhadap Akira apabila bayang Akira muncul kejutkan Raden bangun tidur. Akira dalam waktu yang sama berasa simpati terhadap Raden yang baru sahaja patah hari dan dalam pergaduhan bersama bekas kekasihnya. Mampu kah Raden bangkit? Apa yang jadi dekat Akira? Jom layan! #AkiraKhan #CintaDuaDimensi #Megadrama Setiap Isnin – Khamis, 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO

AKIRA KHAN - EPISOD 4 | PART 1

AKIRA KHAN - EPISOD 4 | PART 3

AKIRA KHAN - EPISOD 4 | PART 2

AKIRA KHAN - EPISOD 4 | PART 5

![[VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman [VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-satu-lagu-je-terus-trending-salute-datuk-siti-menyanyi-lagu-tamil-dapat-60000-standing-ovation-di-konsert-a-r-rahman.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A.R Rahman
Salute! Bangga dengan Datuk Siti.
![[VIDEO] “Busana Pernikahan… Rahsia Kami Simpan Penuh Rasa Hormat” - Seth & Luna Sahkan, Nad Zainal, Ungku Ismail Kini Suami Isteri [VIDEO] “Busana Pernikahan… Rahsia Kami Simpan Penuh Rasa Hormat” - Seth & Luna Sahkan, Nad Zainal, Ungku Ismail Kini Suami Isteri](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-busana-pernikahan-rahsia-kami-simpan-penuh-rasa-hormat-seth-luna-sahkan-nad-zainal-ungku-ismail-kini-suami-isteri.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Busana Pernikahan… Rahsia Kami Simpan Penuh Rasa Hormat” - Seth & Luna Sahkan, Nad Zainal, Ungku Ismail Kini Suami Isteri
Tahniah Nad Zainal dan Ungku Ismail.

AKIRA KHAN - EPISOD 3 | PART 1
Akira terkejut apabila ternampak ayahnya keluar bersama dengan perempuan lain yang mana akira kebetulan baru terjumpa. Zafar melawat Akira dan cuba untuk memenangi hati Akira! Jom kita layan episod ke-3 ni! #AkiraKhan #CintaDuaDimensi #Megadrama Setiap Isnin – Khamis, 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO