Bahang filem aksi komedi terhebat, Polis Evo 3 kian terasa malah karya itu juga dijangkakan bakal memecah panggung pada Mei depan.

Selain jalan cerita yang lebih menarik dan penuh mendebarkan, runut bunyi (OST) filem ini turut dijangka menjadi siulan peminat.

OST Polis Evo 3 bakal dinyanyikan oleh beberapa gabungan suara penyanyi hebat tanah air yang cukup terkenal, malah salah seorang daripada mereka merupakan pemenang vokal terbaik beberapa kali di AJL!

Malah menerusi ruang perkongsian video di Gempak, rata-rata netizen sudah mula meneka barisan penyanyi yang menyanyikan lagu OST filem tersebut.

Menariknya, nama penyanyi rap terkenal iaitu Malique antara yang menjadi sebutan salah seorang penyanyi OST filem tersebut.

“Malique atau Siqma… Siqma punya suara pun lebih kurang macam Malique atau mungkin memang Malique.

“Malique? Serius la Mr General is back weh?

“Wei Malique? Serius ah. Too Phat ke this time? I can’t wait,” komen beberapa netizen.

Siapkah mereka? Nantikan.

Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.

Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada Mei depan. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)