Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Video Porno Pemain Bola Sepak Negara Korea Selatan Tersebar

Maliah Surip
29/11/2023 13:55 MYT
Dunia sukan Korea Selatan sedang kecoh dengan pemberitaan penyerang pasukan bola sepak negara, Hwang Ui Jo yang memiliki video porno bersama bekas teman wanitanya.

Video porno yang tersebar didakwa dirakamkan secara curi-curi dan langsung tidak diketahui oleh bekas teman wanitanya. Rakaman aksi tak senonoh itu dirakamkan sendiri Ui Jo menerusi telefon bimbit miliknya.

Pada awalnya, ramai yang menyangka bekas teman wanita Ui Jo yang menyebarkan rakaman tersebut kerana dia kerap membongkar sikap buruk pemain bola tersebut.

Namun selepas diselidik, individu yang bertanggungjawab menyebarkan video tak senonoh tersebut adalah adik ipar Ui Jo sendiri.

Setelah video tersebut tersebar, muncul ramai wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan Ui Jo.

Mereka mendakwa atlet berusia 31 tahun tersebut menjalin hubungan dengan banyak wanita pada waktu bersamaan. Ada dalam kalangan mereka menerima nasib sama iaitu dirakamkan aksi porno secara rahsia sebelum ditinggalkan.

Kini Ui Jo sedang disiasat polis dan skandal yang terjadi membuat namanya buat masa ini digugurkan daripada pasukan bola sepak negara.

BERITA TRENDING: Video Tak Senonoh Didakwa Tersebar, Tony Eusoff Tampil Beri Kenyataan​

;