Perkongsian video oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Rabu di platform Facebook mengenai serbuan di sebuah pusat refleksologi meraih perhatian netizen apabila pengendalinya merupakan seorang wanita beragama Islam.

BERITA TRENDING: Netizen Jijik Suami Tawar Servis Seks Dengan Isteri, Bertukar-Tukar Pasangan! - "PDRM Mohon Siasat"

Serbuan berkenaan dilakukan di premis yang terletak di sekitar Gunung Rapat, Ipoh pada 10 November lalu.

“Serbuan di 'pusat refleksologi' atau rumah urut di kawasan sekitar Gunung Rapat, Ipoh pada 10 November 2023 yang lalu.


“Pusat urut yang dikendalikan oleh seorang perempuan beragama Islam dengan menggajikan 5 orang 'tukang urut' yang kesemuanya beragama Islam,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Turut didedahkan yang dua orang pelanggan lelaki yang berada dalam keadaan tanpa pakaian turut ditahan.

“Dalam serbuan tersebut, 2 orang lelaki dalam keadaan tidak berpakaian turut ditahan ketika sedang leka menerima urutan.

“Semua tangkapan dibawa balik ke pejabat untuk siasatan lanjut dibawah seksyen 54 EJSPk 1992 (khalwat) dan seksyen 29 Enakmen sama (menggalak maksiat),” tulis kenyataan itu lagi.

BERITA TRENDING: Suami Kantoi Singgah Rumah Janda Lepas Gambar Kereta Viral Di Media Sosial​