Pelakon Que Haidar mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video tarian bersama anaknya, Tengku Ratu Haidar bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-12.

Menerusi platform TikTok, Que memuat naik video tarian dua beranak tersebut untuk tatapan umum.

Lebih istimewanya lagi, video itu juga telah mencapai lebih 1.2 juta tontonan di laman sosial tersebut.

“Ratu’s 12th birthday,” tulis Que di ruangan kapsyen.
@quehaidar

Ratu’s 12th birthday ##bonding ##havingfun ##imoldratu

♬ original sound - Barry ALLEN ?? - Barry ALLEN??THABRADAZPHCLO

Sementara itu di ruangan komen, ramai memuji wajah Ratu yang comel dan sangat mirip dengan penyanyi popular Selena Gomez sewaktu muda.

Malah, ada yang terubat rasa rindu mereka kepada ibu Ratu, guru tari dan koreografer hebat Linda Jasmin ketika melihat dia menari.

Dalam pada itu, tidak terkecuali ramai yang memberikan teguran supaya pelakon filem Rock itu menjaga aurat anak perempuannya.

@?:I hampir lupa that her mother was a dancer.”

@HazelnutLatte :Serius mcm Salina Gomez la... You ada beautiful daughter. Nampak gaya ada warisi bakat ibu and harap bakat lakonan pun menyerlah macam bapa dia.”

@AstraZeneca tersakiti:Anak dia menari aku pula terngiang-ngiang suara mak dia menjerit.”

@SyaaRoslan_:Simple. Nasihat keluarga kurang dan betulkan yang salah pada keluarga korang. Untuk family orang cukup doakan yang baik-baik dan cakap yg baik-baik maka yang datang akan baik-baik saja.”

@HuReMoHu_San:cantiknya dia. Please ignore orang yang bagi negative komen tu. let kids be kids.

@Ra_SoLe:that's a great father-daughter bond. Hope you'll guide her to be beautiful inside as she is outside.”

@salinasaleem131:Satu je nak cakap... Macam anak patung muka anak Que.”

Sekadar info, Que dan Linda berkahwin pada 14 Februari 2019.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar, 9.

Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!