Laman Utama

[VIDEO] Radhi OAG Tolak Kereta Rosak Tengah Jalan Raya Dipuji - “Menolong Dalam Keadaan Payah & Tanpa Mengenali”

Asyikin Mayudin
26/03/2023
23:55 MYT
Nama vokalis kumpulan OAG, Radhi menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video memperlihatkan penyanyi itu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita di jalan raya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita berkenaan tidak menyangka seorang artis terkenal sanggup berlari ke keretanya yang bermasalah di tengah-tengah kesesakan jalan raya.
Difahamkan kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba kehabisan bateri ketika menunggu lampu isyarat.
Selang beberapa minit kemudian datang seorang lelaki berlari ke arahnya untuk memberikan bantuan dan lelaki itu adalah Radhi OAG.
“Saya tolak, saya tolak,” kata Radhi kepada wanita berkenaan.
Kemudian Radhi dilihat pergi ke belakang kereta wanita berkenaan dan menolak kenderaan tersebut seorang diri.
Pada ketika itu juga, anak lelaki Radhi turun daripada kereta untuk melihat di mana bapanya berada.
Bagaimanapun, Radhi meminta anak lelakinya itu untuk pergi semula ke kereta mereka dan dia terus menyambung semula menolak kereta wanita berkenaan.
Rata-rata netizen memuji tindakan Radhi itu dan mendoakan kesejahteraan buat penyanyi itu atas pertolongan yang diberikan.
“Hebatnya manusia ini, menolong dalam keadaan payah dan tanpa mengenali. Moga Allah limpahkan sebesar-besar rahmatNya kepada insan ini.
“Alhamdulillah terbaik abang. Ada abang Radhi yang sanggup tolak dengan panas-panas ini. Semoga diberkati Allah. Amin.
“Allahuakbar, cantik aturannya. Alhamdulilah dia datang tolong… Radhi OAG ini memang bagus, saya kenal dia dari lepak Hard Rock lagi. Rezeki awak bro,” komen netizen.
@syafiqahalmaghribi radhi tolak kereta rosak, sis mmg respect gila dgn radhi oag, xsemua mcm ni ??? #radhioag #radhi #oag #fyp #viral #HaierUVAirPower ♬ original sound - Kaklong Starbucks
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bekas Isteri Tolak Tawaran Tempat Tinggal, Mahu Radhi OAG Tunai Janji Untuk Beri RM300,000 - “Kalau Dia Tarik Balik Persetujuan Itu, Saya Akan…”

gempak
21/06/2023
22:50 MYT
Harap semuanya selesai dengan baik.
Laman Utama

Kes Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Syukur Dapat Selesai Dengan Cara Baik - “Memang Dari Mula Saya Nak…”

gempak
21/06/2023
08:34 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

[VIDEO] “Kami Bukan Berkawan 3 Hari Tapi 30 Tahun” - Qi Razali Yakin Radhi Mampu Kemudi OAG, Keluar Bukan Sebab Gaduh

gempak
13/01/2023
02:45 MYT
Bukan sebab gaduh ya.
Laman Utama

30 Tahun Bersama, Qi Razali Akhirnya Tinggalkan OAG - “Pilihan Jalan Hidup Yang…”

gempak
04/01/2023
06:55 MYT
All the best!
Laman Utama

Peminat Anggap Atas Angin Independent Festival Sebagai Taman Permainan, Tolak Tepi Stigma Masyarakat, Penganjuran Perlu Diteruskan!

gempak
15/08/2022
11:00 MYT
Peminat mahukan Atas Angin diteruskan