Teka teki mengenai siapa pemilik kasut bola yang dipakai oleh bintang bola sepak Safawi Rasid dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menentang Thailand baru-baru ini akhirnya terjawab.

Menerusi perkongsian di TikTok, video tular itu merakamkan aksi seorang lelaki turun ke dalam longkang besar untuk mengambil kasut yang dipakai oleh suami kepada Syifa Melvin itu.

Menariknya lagi, momen itu disaksikan oleh penyokong Harimau Malaya yang rata-ratanya memberikan sokongan dan sorakan selepas lelaki itu berjaya mengambil kasut tersebut.

@abdaiman_ Replying to @botakk Rezeki abg ni dapat tidoq lena peluk kasut pawi ? #fyp #safawirasid29 #malaysiavsthailand #ditaja ♬ bunyi asal - Aiman48

Dalam pada itu, ruangan komen video berkenaan juga dipenuhi dengan kata-kata positif terhadap individu tersebut.

“Yang atas jerit suruh abang tu baling ke apa tah hahaha memang taklah, penat dia turun bawah,”

“Siapa suruh tangkap tak kemas, rezeki bro tu lah dapat,”

“Rezeki dia, dia yang turun memang sepatutnya dia dapat sepasang kasut tu,”

“Rezeki, tahniah bang, kasut player woo, mantap!”

Terdahulu, Safawi membaling kasut yang dipakai selepas Harimau Malaya menang 1- 0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF menentang Thailand.

Tujuan Safawi membaling kasut tersebut adalah dengan niat mahu menghadiahkan kasut bola yang dipakai kepada penonton bertuah.

Bagaimanapun ia gagal dilaksanakan kerana kasutnya itu terjatuh ke dalam longkang besar selepas penonton gagal menyambutnya.

BACA: [VIDEO]Safawi Rasid Baling Kasut Bola Lepas Menang - Penonton Kecewa Tak Dapat Sambut, Jatuh Ke Longkang!

Untuk info, Malaysia mendahului pada minit ke-11 hasil jaringan Faisal Halim selepas mendapat umpanan cantik V Ruventhiran.

Susulan daripada gol pertama itu, Thailand terus menggandakan asakan namun dinafikan penyudah yang tumpul.

Sepanjang tempoh separuh masa pertama, skuad Harimau Malaya dilihat lebih banyak bertahan bagi memastikan kelebihan satu gol terus kekal.

Skuad Kim Pan-gon akan berkunjung ke Stadium Thammasat pada 10 Januari ini dengan kelebihan satu gol.