Usahawan sensasi, Nur Sajat berpendapat penampilan memainkan peranan penting walaupun ketika berada di mahkamah.

Sajat menerusi satu video pendek yang merakamkan gelagatnya mengomel tentang perkara itu mendapat perhatian netizen.

“Kakak kakak yang mana nak bercerai dengan suami tu, sebelum nak pergi ke mahkamah tu bersiap dulu. Ha macam ni bila lelaki yang jadi kelentong yang jenis nak kata kita je salah, bila datang tu dekat mahkamah gitu je bagi.

“Tuan hakim, saya tak kisah dia nak talak saya satu, dua tiga, empat atau kosong ke saya tak kisah, saya tak nak banyak berbicara dan tak nak banyak drama.

“Tuan hakim tengoklah saya dengan dia, dia yang berjanggut sampai tak reti nak potong hidung, bulu hidung pun tak reti nak cukur.

“Tuan hakim tengok saya, tengok, saya dah move on tuan hakim. Sekarang ni cuma nak gerak-gerak je. Kalau dilepaskan, bergeraklah saya lagi pantas.

“Saya nak fikirkan diri saya saja tuan hakim. Alhamdulillah begitu. Cepatlah selesai, saya dah move on dah ni. Selagi tak habis iddah saya rasa macam tertekan “ selorohnya.

A post shared by House of Pageantry (HOPe) (@hype.pageantry)


Bagaimanapun bukan reaksi negatif yang diberikan netizen sebaliknya mereka menyukai bebelan Sajat dalam video tersebut.

Antara komen yang diterima:

“Sajat lebih menghiburkan kita dari kes cerai dan saman menyaman sekarang,”

“Hahaha punchline banyak, lawak gila Sajat ni, love sangat,”


“Lepas ni buatlah video sebelum dan selepas cerai pula,” cadang seorang netizen.

“Aku tak boleh la Sajat ni, kelakar sungguh lah,” puji seorang lagi.


Untuk info, Sajat yang kini menetap Australia merupakan antara pempengaruh yang aktif di platform TikTok dan sering menghiburkan pengikutnya dengan telatah lucu.