Skip to main content

Viral

[VIDEO] Sakit Kepala Sejak Di Filipina, Tya Arifin Ditahan Di Hospital - "Tak Boleh Tidur Semalaman"

tya_sakitkepala_header.jpg

Pelakon dan usahawan Tya Ariffin akur apabila dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara akibat sakit kepala kronik.

Tya atau Nurtria Wulandari, 28, memberitahu dia mengalami sakit kepala sejak berada di Manila, Filipina.

Malangnya, kesakitan itu tidak hilang setibanya dia di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

"Kelmarin dari Manila, daripada pagi saya dah pening kepala membawa sampai ke Kuala Lumpur pada 7 malam, tetap sakit kepala.

"Saya tahankan juga sampai rumah tetapi sakit tetap tidak hilang sampai tidak boleh tidur semalaman.

"Semalam ambil keputusan untuk ke hospital dan bermalam," katanya menerusi hantaran di Instagram.
 

Must-Watch Video

Advertisement