[VIDEO] Sakit Kepala Sejak Di Filipina, Tya Arifin Ditahan Di Hospital - "Tak Boleh Tidur Semalaman"
Amri Hassan
28/08/2022 10:20 MYT
28/08/2022 10:20 MYT
Pelakon dan usahawan Tya Ariffin akur apabila dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara akibat sakit kepala kronik.
Tya atau Nurtria Wulandari, 28, memberitahu dia mengalami sakit kepala sejak berada di Manila, Filipina.
Malangnya, kesakitan itu tidak hilang setibanya dia di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
"Kelmarin dari Manila, daripada pagi saya dah pening kepala membawa sampai ke Kuala Lumpur pada 7 malam, tetap sakit kepala.
"Saya tahankan juga sampai rumah tetapi sakit tetap tidak hilang sampai tidak boleh tidur semalaman.
"Semalam ambil keputusan untuk ke hospital dan bermalam," katanya menerusi hantaran di Instagram.
Tya turut berkongsi sepotong video dirinya berada di atas katil wad sambil ditemani suami, Asyraf Khalid.
Dalam pada itu, Tya memberitahu masih menunggu keputusan doktor selepas membuat pemeriksaan bagi mengetahui punca sakit kepala tersebut.
Pada masa sama, Tya memohon doa daripada peminatnya agar kesakitannya itu tidak serius dan dibenarkan pulang ke rumah dengan segera.
"Semoga boleh balik hari ini, dah janji dengan Arif nak tengok konsert pertamanya," tambahnya.
Difahamkan Tya berada di Filipina bagi menghadiri beberapa pertemuan dan mesyuarat dipercayai berhubung produknya, Jamu Mutyara.