Laman Utama

[VIDEO]“Salah Orang Boss”- Disaman SM Faisal Gara-Gara Kes Emilia Hanafi, Caprice Tak Akan Minta Maaf?

gempak
Syafiqah Jalal
20/09/2022
23:25 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Salah Orang Boss”- Disaman SM Faisal Gara-Gara Kes Emilia Hanafi, Caprice Tak Akan Minta Maaf?
Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice bertegas tidak akan memadam video yang pernah dimuat naik mengenai berkaitan hukuman penjara yang perlu dijalani bekas isteri, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi selepas melanggar perintah Mahkamah Syariah beberapa bulan lalu.
Malah Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, juga telah memuat naik semula video itu di kemas kini terbaharu di Instagram (IG) dan dalam masa yang sama memberi respon terhadap kes saman yang difailkan ke atasnya.
“Caprice diminta untuk padam video ni dan minta maaf. Hrmm salah orang boss,” tulisnya dalam kapsyen.
SM Faisal, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui firma guaman, Tetuan Akberdin & Co pada 15 Ogos lalu, di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan menamakan Caprice sebagai defendan tunggal.
Berdasarkan pernyataan tuntutan SM Faisal, Caprice didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah dalam akaun IG miliknya berkaitan hukuman penjara yang perlu dijalani bekas isterinya selepas melanggar perintah Mahkamah Syariah di sini.
BACA: SM Faisal Saman Caprice
Caprice yang dilihat seolah-olah tidak gentar dengan akibat yang diterima itu dalam masa yang sama memberitahu tetap akan membela nasib sesiapa yang teraniaya.
“Insya-Allah Caprice akan sentiasa bantu mangsa-mangsa yang minta tolong dekat luar sana.
“We will not be stopped or silenced...,” katanya lagi.
Berikutan tindakan Caprice itu juga, SM Faisal mendakwa dirinya tertekan dari segi emosi selain menjadi cemas dengan pelbagai hasutan, cemuhan dan gangguan daripada pihak-pihak yang ada kaitan atau menyokong kempen untuk menjatuhkan plaintif.
Oleh itu, SM Faisal memohon suatu perintah agar Caprice memadam hantaran berbaur fitnah tersebut serta memohon satu permohonan maaf terbuka.
***Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024