[VIDEO] "Saya Memang Sibuk Ulang-Alik Kebun Buah Di Thailand" - Fizul Nawi
Amri Hassan
17/07/2022 02:55 MYT
17/07/2022 02:55 MYT
Suami kepada Nadya Syahera, pelakon Fizul Nawi mengakui berdepan kesuntukan masa ekoran kesibukan menguruskan kebun buah-buahan di Thailand.
Memetik hantaran berbentuk video di Instagramnya, tulis Fizul, dia turut memohon maaf seandainya ada pihak yang kurang berpuas hati atau tersalah faham dengan kesibukan kerjanya ketika ini.
"Saya ingin mohon maaf jika ada yang marah atau salah faham.
"Buat masa sekarang saya memang sibuk ulang alik pergi kebun buah di thailand dan buat masa sekarang saya perlu kerja keras sebab saya nak stabilkan balik perniagaan saya," jelasnya.
Tambahnya, usaha kerasnya itu demi memberikan kehidupan lebih selesa buat isteri dan anak-anaknya.
"Saya sedar diri masih tak mampu untuk bagi yang sempurna untuk anak bini. Sebab perlu bayar hutang dan komitmen bulan-bulan, dan saya masih dalam proses naik ke level yang selesa.
"Dan saya memilih untuk hidup bersederhana.. Apapun saya akan berusaha dan kuat semangat atas segala ujian..
dan saya tak menyalahkan mana-mana pihak.
"Yang salah diri saya sendiri demi mengejar target hingga ada yang tersiksa. #doayangbaikbaik," tambahnya.
Terdahulu, Nadya meluahkan rasa tertekan kerana terpaksa menguruskan hal rumah tangga bersendirian.
"Dah lah keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.
"Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu, tapi saya pujuk hati katakan orang lain lebih susah," luahnya sebelum ini.
Gara-gara tertekan juga, Nadya atau lebih popular disapa Kak Bed memberitahu anak-anaknya sering menjadi mangsa untuk melepaskan rasa marah.
Untuk rekod, Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aleena Rose, 5, dan Mohamad Dayyan, 3, dan Muhammad Barr Adam, tiga bulan.