,
Laman Utama

[VIDEO] "Sejak Sekolah Lagi Saya Minat Peribahasa Melayu" - Lirik Puitis, Pudds Rakam Lagu Dengan Amsyar Lee

Amri Hassan
21/09/2022
11:13 MYT
Mengorak langkah dalam industri muzik tempatan, Amsyar Lee lahir dengan lagu duet bersama TikToker popular, Pudds menerusi lagu 'I LAB U'.
Lagu ciptaan Glowrush, Fahimi Rahmat, Efry Arwis dan Tam Cobain itu menggunakan peribahasa Melayu dan sesuai dengan gelaran Pudds sebagai ‘Peribahasa Girl’ yang ditonjolkan dalam aplikasi TikTok nya.
"Sejak dari sekolah lagi saya memang meminati peribahasa Melayu. Setiap kali cikgu mengajar, sayalah pelajar yang menunjukkan minat terhadap peribahasa. Bagi saya peribahasa ini amat unik dan susunannya amat indah.
"Walaupun ketika berada di rumah, saya tetap akan membelek buku peribahasa untuk mendalami maksud peribahasa itu. Rakan saya juga akan bertanya saya perihal peribahasa Melayu jika mereka tidak faham akan maksud peribahasa itu.
"Saya berasa amat terharu apabila pihak Warner Music Malaysia melamar saya sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu yang mengandungi lirik peribahasa ini.
"Tambahan pula, saya amat meminati Amsyar Leee dan itu adalah bonus bagi saya apabila saya dapat bergandingan bersama Amsyar dalam lagu ini," jelas Pudds.
Pudds atau nama sebenarnya Chin Pui Ting, 21, mula dikenali dalam aplikasi TikTok sebagai ‘Peribahasa Girl’. Pudds juga banyak terlibat dalam menggayakan pakaian anime dan terkenal dalam kalangan para peminat anime.
Menjadikan Allahyarham Sudirman dan Allahyarham P Ramlee sebagai idolanya, Pudds berharap lagu yang mengangkat elemen peribahasa Melayu itu dapat diterima umum.
Lagu ‘I LAB U’ boleh dimuat turun di iTunes mulai 9 September 2022 dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala muzik video ‘I LAB U’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 15 September 2022.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
Viral

Ramai Terjebak Tonton Lumba Siput Sedut Atas Tudung Periuk

gempak
22/08/2024
19:55 MYT
Lebih 20,000 pengguna media sosial TikTok terjebak menonton perlumbaan siput sedut yang dikatakan sempena acara Sukan Malaysia (Sukma) 2024.