,
Viral

[VIDEO] Selamba Petik Gitar Pada Majlis Perkahwinan, Kakak Kepada Pelakon Lelaki Popular Ini Pukau Netizen!

Izwan Isa
07/02/2024
01:55 MYT
Resepsi perkahwinannya berlangsung pada 23 Disember lalu, namun, video memperlihatkan Nureen Qistina memetik gitar dan mengalunkan lagu rock popular, Canon kembali tular dalam kalangan pengguna media sosial.

BERITA TRENDING: Netizen Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bak ‘Pasar Malam’, Pengantin Kongsi Kos Bagi Satu Gerai

Menerusi video berkenaan, Nureen yang mengenakan gaun putih dilihat begitu profesional, seperti sudah begitu arif dengan instrumen berkenaan.
Bagi yang tidak mengenali Nureen, wanita berusia 29 tahun itu merupakan bekas anggota kumpulan Xpose Band.
@cheahcheih Performance by my cousin at her own wedding ??@Nureen Qistina ♬ original sound - Syerah
Bagaimanapun, dia yang aktif bermain bersama Xpose Band dari 2021 hingga tahun lalu telah pun meninggalkan kugiran berkenaan, selepas kontraknya tamat pada April 2023.
Memetik laporan Berita Harian Singapura, Nureen berkata, dia pernah mengimpikan untuk bermain gitar pada majlis perkahwinannya.
“Dahulu saya pernah bertekad bahawa kalau saya melangsungkan perkahwinan saya akan mainkan satu lagu untuk suami saya kerana saya membesar dengan gitar sejak usia 11 tahun.
“Sejujurnya saya sediakan persembahan itu sendiri sebab nak kejutkan keluarga juga,” tambahnya.
Bercerita tentang persembahannya, Nureen memberitahu yang ahli keluarga serta suami menyokong keputusannya untuk membuat persembahan itu.
“Keluarga dan suami sangat sporting, terutamanya ibu saya memang galakkan.
“Saya bersyukur kerana keluarga menyokong saya,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Akhirnya Hun Haqeem Dapat Berlakon Bersama Crush

Gitar buatan Gibson, edisi khas ulang tahun ke-10 model gitar bentuk itu merupakan hadiah istimewa daripada ayah Nureen atas kecemerlangannya dalam bidang muzik sewaktu beliau masih menuntut pengajian muzik di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Shah Alam.Untuk rekod, Nureen merupakan kakak kepada pelakon popular, Hun Haqeem.
Sumber: Berita Harian Singapura
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hadir Konsert Efek Rumah Kaca, Peminat Bertuah Ada Peluang Dapat Gitar RM2,000

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Band Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK) teruja untuk bertemu peminat menerusi Konsert Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL pada 25 Oktober ini.
Laman Utama

Gitar Eross SO7 Dibida RM11,000 Untuk Palestin Pada Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick dan Salman Al Jugjawy

gempak
11/11/2023
15:33 MYT
Kesemua hasil lelongan gitar tersebut akan disalurkan untuk membantu rakan seagama di Palestin.
Laman Utama

Justin Timberlake Santai Petik Gitar Lepas Britney Gugurkan Anak

gempak
21/10/2023
08:50 MYT
Timberlake hanya memetik gitar saat dia menangis di dalam bilik air selepas mengugurkan anak
Laman Utama

John Mayer Dedah Gemar Berb*gel Sambil Main Gitar Selepas…

gempak
24/12/2022
14:50 MYT
Aneh betul...
Laman Utama

Untunglah, Rose Blackpink Terima Hadiah Gitar Dari John Mayer

gempak
17/07/2021
06:45 MYT
Gitar tersebut berwarna merah jambu