gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Curi Dalam Pesawat Meningkat Di Asia, Malaysia Catat 146 Kes Dalam 10 Bulan
VIRAL
Ibu Arwah Nurly Sahirah Nasihat Jaga Adab Ketika Ziarah - “Kami Letak Tali Sebab Ada Yang Datang Ambil Tanah & Cium”
HIBURAN
Gagal Kawal Emosi! Shiha Zikir Menangis Rakam MV Renjana Sebab…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Akhirnya Hun Haqeem Dapat Berlakon Bersama Crush

Izwan Isa
Izwan Isa
28/11/2023
08:25 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya Hun Haqeem Dapat Berlakon Bersama Crush
Siapa sangka, individu yang pernah diminati dan dianggap sebagai ‘crush’ akhirnya digandingkan bersama dalam satu naskhah.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon Hun Haqeem apabila ditawarkan untuk membintangi drama adaptasi dari Korea, W: Two Worlds.

BERITA TRENDING: Sokong Palestin, Daiyan Trisha Tak Kisah Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa Terjejas - "Rezeki Ada Di..."

Hun berkata, rasa kagum yang terbit terhadap Daiyan adalah disebabkan betapa komitednya aktres dan juga penyanyi itu terhadap kerja.
"Kami dah berkenalan sebelum ini apabila kami berdua terlibat dengan projek bagi jenama Uniqlo.
"Daiyan seorang yang sangat menakjubkan. Tak susah untuk cipta chemistry bersama Daiyan. Seperti saya katakan tadi kami dah kenal sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Hun berkata demikian ketika ditemui pada sidang media siri W: Two Worlds di ibu kota pada Selasa.
Ditanya adakah dia masih meletakkan Daiyan sebagai crushnya selepas dapat berlakon bersama, Hun berkata: "Kini kami berkawan baik. Jika ada lagi tawaran untuk saya berlakon bersamanya, sudah tentu saya akan terima 'on the spot'.
"Saya nak jayakan lebih banyak karya yang bagus bersama Daiyan," katanya lagi.
Bercerita mengenai wataknya dalam drama ini, Hun berkata, W: Two Worlds merupakan adalah drama terbaik yang pernah dibintanginya sepanjang bergelar pelakon.
“Banyak yang saya lakukan untuk drama ini termasuklah mengurangkan berat badan sebanyak 12 kilogram. Drama ini memerlukan saya melakukan banyak babak aksi, jadi saya perlu siapkan badan sebelum penggambaran bermula.
"Kadang-kadang pada hari penggambaran itu sendiri saya akan ke gim sebelum ke set penggambaran," kongsinya.
Selain Hun dan Daiyan, drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Mierul Aiman dan Elizabeth Tan.

BERITA TRENDING: “Fitnah Itu Lebih Berdosa Dari Membunuh” - Daiyan Trisha

W: Two Worlds boleh distrim menerusi aplikasi Viu di Astro Ultra dan Ulti Box mulai 30 November ini, dengan dua episod diterbitkan pada setiap Khamis.
Topic Berkaitan
#Daiyan Trisha
#Hun Haqeem
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement