Video memperlihatkan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad bermain sand-boarding di Abu Dhabi menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi perkongsian itu, berlaku insiden lucu apabila hingus Uyaina terkeluar ketika sedang bermain papan luncur di padang pasir.

“Bila kau fefeeling nak sand-boarding di Abu Dhabi. Sampai hingus keluar la cerita dia. Member tak tolong. Dia tolong gelak saja,” kongsi Uyaina.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi Uyaina dan rakannya yang tidak henti ketawa disebabkan insiden spontan itu.

“Masya-Allah kelakarnya tak berhenti gelak bila tengok berulang-ulang. Teringat bila gelak dengan bestfriend.

“Kak saya pun tak dapat tolong… mampu tolong gelak saja. Gelap jalan ke syurga ku kak.

“Hingus tu sedut balik,” komen beberapa netizen di perkongsian video tersebut.

@uyaina Hingus keluar. Bulu mata nak tercabut. Muka penuh pasir. Nak sangat kan sand-boarding. Rasakan! ? Mintak tolong member, member gelakkan je. #Redha #wanderlust #AbuDhabi #uae?? #sandboarding ♬ original sound - byUA