Laman Utama

[VIDEO] Set MeleTop Hampir Roboh Gara-Gara MechaNabil, Hawa Rizwana Rasa Cuak!

Shahrin Zulkifle
08/12/2022
07:00 MYT

Program MeleTop yang bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Seri Kembangan pada Selasa menjadi ‘kecoh’ dengan kehadiran watak filem animasi Mechamato Movie.

Pada rancangan yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana, dua karakter utama daripada Mechamato iaitu MechaBot dan Amato muncul di studio rakaman berkenaan.

Suasana mula riuh apabila Mechabot telah menggunakan kuasanya iaitu Mechanize untuk bergabung dengan Nabil Ahmad menjadi MechaNabil.

Akibat terlalu teruja, MechaNabil secara tidak sengaja telah mengeluarkan salah satu alat terbangnya. Dia kemudianya telah terbang ke atas sehingga ‘merosakan’ set studio program berkenaan.

Tindakan MechaNabil membuat Hawa dan penonton yang hadir sama di studio berasa cuak.

Memang riuh apabila Nabil bergabung dengan MechaBot, sehinggakan Hawa tak keruan melihat gelagat MechaNabil.

Ternyata aksi spontan MechaNabil itu telah mencuit hati orang ramai. Malah, beberapa potongan video yang dikongsikan semula di platform media sosial turut membuat netizen merasa terhibur.

“Hawa dah risau set MeleTop rosak haha,” komen seorang wargamaya.

“Hahahah kemain, kalakar betul Nabil gabung MechaBot,” ujar seorang netizen.

@boboiboy Bila MechaBot jumpa tuan baru sementara—- @MeleTOP @Nabilahmad #MechamatoMovie ♬ original sound - MONSTA

Untuk info, Mechamato Movie sudah pun memulakan tayangannya pada hari ini di seluruh pawagam Malaysia. Jom saksikan kehebatan Mechabot dan Amato menentang raksasa jahat bernama Grakakus demi menjaga keselamatan penduduk bumi!

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hawa Rizwana Kongsi Pengalaman Beraya Zaman Kanak-Kanak - "Ada Parut Dekat Muka Sampai Sekarang Tak Hilang"

gempak
12/04/2024
00:00 MYT
Pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana berkongsi pengalaman yang tidak pernah dilupakan sewaktu beraya di kampung ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Gaya Hidup

Doktor Ini Dedah Kenapa Kaum Hawa Lebih Mudah Gemuk Berbanding Lelaki

gempak
10/02/2024
01:00 MYT
Seorang pegawai medik, Dr Ahmad Samhan berkongsi punca kenapa kaum hawa lebih cepat gemuk berbanding kaum lelaki.
Hiburan

“Dulu Kita Tengok Ultraman, Sekarang Dorang Layan Mechabot” - Netizen Bangga Mechamato Disambut Baik Warga Jepun

gempak
25/01/2024
12:55 MYT
Filem yang dialih bahasa kepada bahasa Jepun itu menerima maklum balas positif dalam kalangan penonton tempatan di sana, tidak kira peringkat usia
Laman Utama

Eric Lay ‘Melamar’ Hawa Rizwana Secara Live Di MeleTOP - “Tolong Senyum Sebab I Love Your Smile”

gempak
07/09/2023
13:50 MYT
Wah!
Laman Utama

Netizen Gelar Hawa Rizwana Mangsa Fesyen, Ini Jawapan Empunya Badan

gempak
06/06/2023
09:50 MYT
Ini jawapan Hawa mengenai fesyen yang digayakan.