LAMAN UTAMA

[VIDEO] Shakilla Khoriri Berang Ibu Bapa Biar Anak Bersikap Biadab! - “Langsung Tak Belajar Untuk Cakap Maaf Atau Terima Kasih…”

Asyikin Mayudin 12/07/2023 | 05:58 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi pengalaman berdepan dengan ibu bapa yang membiarkan sahaja anak-anak mereka bersikap kurang ajar dengan kanak-kanak lain.

Shakilla menerusi TikTok miliknya menegur tindakan ibu bapa yang tidak mengajar anak untuk menjaga adab dan berbudi bahasa ketika bermain di tempat umum bersama kanak-kanak lain.

“Dear parents, sila ajar anak-anak kalian adab dengan sesama manusia. Sangat sedih melihat kanak-kanak yang kurang ajar dan tiada budi bahasa.

“Langsung tak belajar untuk cakap maaf atau terima kasih atau excuse me (maafkan saya). Tidak! Suka ke anak-anak dibenci? Suka ke anak-anak dipulau?

“Suka ke anak-anak comel dilayan dan dijauhi kerana sikap dan silap parents?

Shakilla turut berkongsi rakaman yang memperlihatkan anak perempuannya iaitu Ameena Sofia yang kelihatan sedih disebabkan ada seorang kanak-kanak lelaki menolaknya ketika bermain.

“Sementara saya merakam, ini la yang terjadi kepada Ameena. Ada seorang kanak-kanak lelaki tolak Ameena untuk bermain benda itu tanpa rasa bersalah. Saya lihat dia tapi hanya diam.

“Apa yang buat aku sedih bila mak dia ada di situ, followed him and play with him while aku terpaksa tengok apa yang korang tengok dalam video ni.

“Aku tak ajar anak aku untuk bergaduh. Tak ajar anak aku untuk berebut apatah lagi nak berebut benda yang bukan milik dia. Tapi apa yang aku nampak Ameena sedih dan kecewa dengan keadan itu.

“Dua beranak itu sangat bertuah ek sebab Ameena ada dekat situ dan aku terpaksa telan balik apa yang sepatutnya diorang dapat dari sikap kurang ajar itu. Sangat bertuah!” ujarnya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Shakilla dan berharap semua ibu bapa lebih peka menjaga kelakuan anak-anak ketika bermain di tempat awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Individu Sebar Fitnah Jumpa - “Ikutkan Saya Malas Layan Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Bercerai Bukan Erti Bermusuh! Ramai Salute Hubungan Baik Shakilla-Fizi Ali Demi Anak - "Ada Juga Manusia Panas ..."

undefined
#Anak #Shakilla Khoriri #Ameena #Shakilla #Biadab #Anak Shakilla