Sejak minggu lalu kecoh mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW datang ke Malaysia untuk menghadiri beberapa majlis keagamaan.

Di kesempatan itu, pendakwah selebriti Da’i Syed turut berpeluang berjumpa dengan individu yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.

Mengambil peluang yang ada, Da’i Syed menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya meluahkan rasa teruja dapat berkongsi cerita dengan individu berkenaan.

“Kami saling bertukar cerita,” tulis Da’i Syed secara ringkas di kapyen perkongsian tersebut.

Rata-rata netizen suka melihat kemesraan Da’i Syed dengan individu itu selain memuji wajah mereka berdua yang kelihatan tenang.

Malah, aksi pendakwah yang juga seorang penyanyi itu bersalaman dengan salah seorang lelaki berjubah turut menarik perhatian segelintir netizen.

“Dua-dua comel… beruntunglah mereka cakap Arab. Tula dulu sekolah agama main-main. Sekarang tahu cakap Arab kalau menyanyi lagu Maher Zain saja.

“Suka sangat tengok wajah mereka berdua, Mawla dan Da’i Syed ni… Indah ciptaan Allah.

“Perasan dalam video ini semuanya tak mahu dikucup tangannya. Sebegitu sekali mereka tidak meninggikan martabat mereka,” komen beberapa netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@daisyed_

Kami saling bertukar cerita .

♬ Bebaskan Diriku Cover - D e d