Nama Abby Abadi turut terkait dengan kontroversi rumah tangga selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah disebabkan aktres itu pernah melalui pengalaman berdepan dengan ‘orang ketiga’ dalam perkahwinannya dahulu.

Menurut Abby, dia tidak kisah jika netizen bercakap perkara yang baik namun berasa kurang senang apabila ada segelintir mereka yang menyebarkan cerita tidak benar mengenai kisahnya.

Nama Dikaitkan Dengan Kes Artis Curang

“Oh Malaysiaku. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yang curang, mesti terkait dan dikaitkan juga dengan saya ya. Saya buat video seronok-seronok pun macam-macam orang kata.

“Saya ok saja kalau cakap yang indah-indah tak apa. Ini memandai-mandai kata itu ini, siap bagi contoh kisah saya tu lepas tu sambung fitnah pada saya dulu, macam saya pula yang bersalah,” katanya.

Nafi Pernah Serang Bekas Suami di Lokasi Penggambaran

Menerusi perkongsian yang sama di TikTok, Abby turut berkongsi kisah disebalik apa yang berlaku pada rumah tangganya dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.

“Jadi saya nak jawab, yang sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah ya sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, ke empat semua tu.

“Sebab saya tak berjaya periksa handphone ex dan tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sebab dia kata dia busy shooting ya dan ex tu memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum,” ujarnya.

Rahsiakan Banyak Perkara Daripada Keluarga & Anak-Anak

Abby memberitahu dia hanya ingin mencari bekas suaminya untuk penjelasan dan banyak perkara yang disimpan sendiri tanpa pengetahuan keluarga dan anak-anaknya.

“Yang kata saya serang ex dekat lokasi shooting, saya mencari saja sebab lama tak jumpa dan nakkan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun. Dan bila jumpa orang kata saya marah, menangis, dah tu?

“Takkan saya nak seronok-seronok kalau ex tak balik dan sampai dah nak bercerai bagai? Aduh la akak-akak, achik dan abang bawang… tolonglah jangan lebih tahu ya. Saya yang melaluinya. Jadi jawapan dan segalanya semua dengan saya.

“Apa yang saya boleh cakap saya tak bercerita banyak benda. Terlalu banyak! Simpan lama ni… terlalu banyak yang hanya saya dan Allah yang tahu. Family pun tak tahu. Arwah mak dan ayah pun tak tahu . Adik-beradik pun tak tahu, anak-anak pun tak tahu. Jadi jangan buat palatao ok,” katanya lagi.

Untuk rekod Abby mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009 dan mereka dikurniakan tiga anak cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 manakala Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Biarpun mereka pernah melalui pengalaman pahit dalam rumah tangga, namun kini Abby kekal bersahabat dengan Norman dan Memey.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@abbyabadi112

Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg ? Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? ?? Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok ? pe: video sekadar hiasan ??

♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku - Ecko Show