Status hubungan cinta antara pelakon Janna Nick dengan kekasihnya yang juga aktor Dini Schatzmann kini menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ia berikutan apabila Janna mula memuat naik kata-kata seakan-akan memberi bayangan mengenai kisah cinta sudah berakhir buat selama-lamanya.

Tidak menulis nama kekasihnya, namun menerusi laman Instagram milik Janna turut mendoakan agar individu tersebut berbahagia biarpun sudah berpisah.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulis Janna.

Bagaimanapun pelakon drama Lockdown 2 itu memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Sebelum itu, Janna berkongsi paparan skrin di Instastory petikan dari akaun Twitter Book Quotes mengenai cara untuk memulihkan hati yang sudah terluka.

“How to heal properly. The after, in order to heal properly you must walk away from what broke you. (Cara untuk sembuh dengan betul. Selepas, untuk sembuh dengan betul anda kena pergi dari apa telah yang memusnahkan anda),” tulis petikan itu.

Bukan itu sahaja, hasil dari tinjuan Gempak, hanya Janna sahaja yang tidak mengikuti akaun Instagram Dini.

Malah, Janna juga ada memuat naik video di TikTok seolah-olah ingin memberitahu dirinya kini masih ‘single’ membuatkan netizen mula berteka-teki hubungannya dengan Dini sudah berakhir.

“Janna Nick, 27 tahun, single, tak suka buka packaging sambal,” tulisnya di kapsyen video tersebut.

Terdapat segelintir netizen yang beranggapan ‘single’ itu sekadar bermaksud Janna masih belum berkahwin bukannya sudah berpisah dengan Dini.

Usaha Gempak untuk mendapatkan kepastian dan komen daripada pelakon berusia 27 tahun itu gagal apabila dia tidak menjawab mesej.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@jannanickofficial

Ada yang lahir 1995?

♬ original sound - ki