,
Laman Utama

[VIDEO] “Tak Kisah Cakap Buruk Tentang Saya, Tapi Bila Nak Libatkan Arwah Babah…” - Isu Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik

Mya Amri
28/06/2023
03:51 MYT
Pelakon, Alya Iman akui masih lagi berdepan dengaan kritikan netizen mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab.
Walaupun tidak seteruk dahulu, namun komen-komen yang diberikan adakalanya boleh membuatkan hatinya terguris.
Namun kata Alya, dia menerima segala teguran yang diberikan netizen dengan hati yang terbuka.
“Tipulah tak rasa tertekan, tapi bagi saya kita tak boleh nak kontrol apa orang nak cakap. Nak tak nak saya yang pilih untuk jadi pelakon dan selebriti, itulah yang saya kena hadapi.
“Jadi saya terima sahaja, kadang-kadang saya tak baca dan buat tak tahu tapi apa sahaja yang orang nak cakap tentang baik buruk saya, saya terima.
“Sehingga kini pun masih ada lagi komen-komen negatif tapi saya okay sebab saya tahu tak semua orang boleh terima keputusan yang saya buat sekarang ini,” katanya kepada Gempak.
Alya ditemui selepas siaran langsung program MeleTOP di studio 1, Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Dalam pada itu, Alya juga memohon netizen tidak mengaitkan lagi arwah bapanya iaitu pelakon Azmil Mustapha berkenaan dengan isu penampilannya.
“Saya ada balas satu komen, pada saya jika orang nak bercakap tentang arwah… Korang pun tahu tanggungjawab arwah dekat dunia ini sudah selamat.
“Masa arwah babah ada, betul dia ada tegur saya mengenai pakai tudung dan sebagainya tapi sekarang adalah keputusan saya.
“Saya harap selepas ini tak ada dah orang sebut nama arwah babah kerana nak cakp pun dia sudah tiada dalam dunia ini.
“Jika anda nak salahkan saya silakan… Saya terima semua benda dengan hati terbuka. Sebenarnya saya tak kisah orang cakap buruk tentang saya tapi bila nak libatkan arwah babah… Itu membuatkan saya rasa agak sedih,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar" - Alya Iman
Terdahulu, anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Kata Alya, keputusan yang dibuat itu selepas berbincang dengan keluarga selain lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.
Jangan lupa saksikan MeleTOP yang bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selesa Dengan Gaya Tudung 'Awning' Tinggi, Hetty Koes Endang Rimas Fesyen Tudung Berlilit-Lilit

gempak
08/11/2024
08:55 MYT
Sebut sahaja bunda Hetty Koes Endang pastinya kita membayangkan fesyen tudung ikoniknya dengan 'awning' tinggi di depan.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Hiburan

Diana Danielle Nafi Masih Berhubung Dengan Farid Kamil - "Saya Sudah Beri Notis Untuk Dia Pindah Rumah Secepat Mungkin"

gempak
30/10/2024
23:45 MYT
Pelakon jelita Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.
Hiburan

"Farid Kamil Profesional, Dia Ada Di Set Penggambaran Pada Hari Berita Tersebar" - Pengarah Filem Bisikan Dosa

gempak
30/10/2024
10:12 MYT
Pengarah filem Bisikan Dosa, Faizul A. Rashid memuji sikap pelakon Farid Kamil yang profesional sepanjang menjalankan penggambaran Bisikan Dosa.
Hiburan

Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

gempak
29/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.
Unitar