Sempena ulang tahun kelahiran suaminya Mohd Hafez Halimi, pelakon Nelydia Senrose membuat kejutan menghadiahkan sebuah skuter vespa.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, suami Nelydia kelihatan terkejut dan teruja dengan pemberian isterinya itu.

Happy birthday my whole wide world,” tulisnya.

Rata-rata netizen memuji sikap pasangan suami isteri itu yang dianggap sangat merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk kemesraan di laman sosial.

Malah segelintir mereka juga suka melihat imej bertudung adik kepada pelakon Uqasha Senrose yang kelihatan kemas dan cantik.

“So sweet, romantik dan pasangan bahagia, Tak ada pun kalut-kalut duk tayang kat media tapi sekali sekala tunjuk bahagia saja diorang. Moga bahagia sampai jannah.

@nelydiarose

Happy birthday my whole wide world

♬ original sound - Nelydia

Happy birthday, ini baru betul tak menunjuk-nunjuk. Selalu artis kita tengok bagi kereta mewah saja… selamat meronda dengan scooter.

“Suka tengok mereka simple, tak menunjuk-nunjuk, humble dan romantik. Lawa Nelydia pakai tudung.

“Steady saja bagi motor skuter. Tak ada nak bagi kereta mahal ke apa… naik kereta jem, ronda-ronda naik motor lagi best,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Hafez yang juga ahli perniagaan pada 6 April 2019 dan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi