Kalau ikutkan emosi, apa pun boleh jadi. Mungkin kenyataan itu tepat menggambarkan sepotong video yang viral di media sosial baru-baru ini.

Menerusi rakaman video berkenaan, kelihatan sebuah jentolak bertindak menyodok sebuah kereta rasmi milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga menyebabkan kenderaan tersebut bergolek dan cerminnya pecah.

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, difahamkan kejadian yang berlaku di Keningau, Sabah itu tercetus apabila pemandu jentolak berkenaan naik hantu kerana disaman akibat tiada lesen memandu kelas F.


Disebabkan hal itu, pemandu berkenaan terus menyodok kenderaan JPJ yang berada di hadapannya sehingga kenderaan tersebut berguling dan mengalami kerosakan.

Difahamkan, selepas video berkenaan viral, pihak polis telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut.

Meninjau ruangan komen, netizen rata-rata memberikan pendapat yang berbeza tentang kejadiaan itu.

“Kental hati abang ni tak takut dengan JPJ. Kita kalau nampak JPJ buat roadblock hati terus berdebar walaupun tahu tak ada buat kesalahan.”

“Kesian pulak kat pakcik tu, dah la kena saman lepas ni mesti kena denda atau penjara sekali.”

“Terlampau ikut hati marah. Denda pandu tanpa lesen tak seberapa, boleh dikompaun. Tapi hukuman merosakkan harta kerajaan, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, membahayakan keselamatan penjawat awam... jadi kes berat. Kalau lekat, berat hukumannya.”