Ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai bonda Rozita mengambil inisiatif membantu memudahkan urusan penyelamat yang masih menjalankan operasi menyelamat mangsa tanah runtuh.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Bonda Rozita memberi kebenaran untuk resort miliknya dijadikan tempat istirehat.

Malah pekerjanya yang berada di Rumah Hutan Terapi Alam iaitu lokasi berhampiran kejadian tanah runtuh itu juga turut menyediakan makanan dan kelengkapan operasi buat para petugas.

“Kesian tengok abang abang bomba yang menyelamat kepenatan. Rumah hutan tak boleh beroperasi.

“Sekatan jalan sekitar resort @rumah.terapi.alam atas arahan kerajaan sampai ke Genting. Kami tak kerja, staf ramai pula tu.

“Saya benarkan staf sumbangkan tenaga mereka ke lokasi kejadian, sangat menyeronokan bagi staf bonda.

“Kesempatan ambil pengalaman, (sebenarnya orang awam dan kenderaan tak dibenarkan masuk ke lokasi menyelamat)

“Staf bonda dapat masuk sebab kasi makanan dari rumah hutan. Sejak awal kejadian area parking, resort halaman @rumah.terapi.alam rumah sampai hari ni penuh dengan kereta-kereta polis dan bomba katanya berkemah,” kongsinya.

Dalam pada itu, bonda juga turut menyatakan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

“Kamu ikut sama berdukacita terbayang pedihnya perasaan keluarga mangsa. Datang ramai-ramai, pengakhirannya jadi begini.

“Tak siapa tahu benda nak jadi atas ketentuan Allah semua yang berlaku… Kami simpati dan berkirim takziah pada semua keluarga mangsa,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen juga netizen mengucapkan terima kasih atas usaha dan jasa bonda Rozita membantu pasukan penyelamat.

Antaranya:

“Sayu kami tengok dari jauh, terima kasih bonda Rozita dan staf Rumah Hutan yang sangat prihatin, semoga dipermudahkan semuanya,”

“Tahniah bonda dan staff sebab kadang-kadang kita tak mampu bersama frontliner tetapi support moral dan memberi barang-barang kegunaan harian pun sudah memadai. Semoga melimpah ruah lagi rezeki bonda,”

Saksikan video penuh bonda Rozita di bawah:

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)