gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
VIRAL
Haliza Maysuri Sambut Birthday Ke-48, Sarung Adibusana RM151,100 & Dihadiahkan Motorhome - "Suami Nak Hadiahkan Private Yatch Tapi Saya ..."
BERITA
Sami Diburu Dipercayai Cabul Pelakon Tempatan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

[VIDEO]“Terima Kasih Dancers Sambut Aina, Kalau Tak…”- Aina Abdul Jatuh Pentas!

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
06/08/2022
06:23 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Terima Kasih Dancers Sambut Aina, Kalau Tak…”- Aina Abdul Jatuh Pentas!
Penyanyi Aina Abdul akui berasa lucu apabila teringatkan insiden jatuh pentas ketika membuat persembahan di Magic of The Night, Sungai Melaka di Melaka malam, semalam.
Pun begitu, Aina memberitahu dia bersyukur kerana penarinya bertindak pantas menyelamatkannya sebelum terus terjatuh lagi.
“Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka. Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi itu satu perkara yang buat Aina tergelak setiap kali memikirkannya. Bukan ketawa malu.
“Terima kasih penari-penari sambut Aina segera! Kalau tak memang Aina teruskan menyanyi dengan duduk saja atau berkaki ayam,” katanya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah itu berkongsi pengalaman berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu dia turut memuat naik video saat dia dilihat terpelecok ketika menuruni tangga di hadapan pentas yang kemudian sempat disambut penari dihadapannya.
Dalam hantaran yang sama juga Aina turut berkongsi fotonya yang manis berbusana songket kuning ketika persembahan itu.
Aina dalam kapsyen itu juga turut berbangga dengan semua yang telah menjayakan konsert itu termasuk mempersiapkan dirinya pada malam berkenaan.
“Saya bangga pada semua yang menyiapkan persalinan dari hujung kepala hingga hujung kaki..makeup Aina..hijab Aina..so so proud..and yes this is my first attempt on wearing traditional inspired outfit..,” tulisnya lagi.
Difahamkan Aina bakal mengadakan persembahan di acara yang sama pada malam ini.
View this post on Instagram
A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Pentas
#Jatuh
#Aina Abdul
#Penari
#Jatuh Pentas
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement