Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Terima Mesej Tawar Diri Jadi Skandal, Adira Suhaimi Tidak Teragak Ambil Tindakan - “Saya Boleh Dibawa Bergurau Namun…”

Asyikin Mayudin
02/07/2023 01:34 MYT
Tindakan seorang netizen yang menghantar mesej menawarkan diri untuk menjalinkan hubungan sulit bersama Adira Suhaimi mengundang kemarahan penyanyi itu tersebut.

Adira menerusi laman TikTok miliknya berkata dia menganggap mesej itu keterlaluan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit walaupun sekadar ingin bergurau.

"Saya bukanlah seorang yang mudah melatah dengan perkara sebegini, namun menganggap ini sebagai keterlaluan. Jika tidak mendatangkan duit, memang saya tidak akan layan.

"Saya boleh dibawa bergurau dengan jenaka-jenaka namun bukan dengan lawak sebegini. Kalau saya mahu mencari skandal, dari dulu lagi saya sudah cari, tidak perlu tunggu sehingga beranak-pinak sebegini.

"Perkongsian ini dibuat sebagai pengajaran buat lelaki-lelaki di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menghantar mesej sebegini. Lagipun negara ini ada undang-undang,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Adira juga memohon agar individu tersebut menghormatinya sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak.

"Hormatilah sikit status saya sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara sebegini berulang lagi," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu itu mengakui terkejut dengan keberanian segelintir pihak yang ingin kaya menggunakan jalan singkat.

Malah, jejaka terbabit turut meninggalkan nombor telefonnya sekiranya Adira berminat untuk menjalinkan hubungan secara rahsia dengannya.

Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia sembilan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif Di Media Sosial, Adira Bersedia Jika Anak Terima Komen-Komen Negatif - “Saya Faham Sangat Mulut Netizen”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Datin Red Kongsi Sebab Utama Hubungan Baik Dengan Adira Suhaimi - “Saya Kalau Dekat Luar Terserempak Dia…”

undefined
#Adira #Netizen #Adira Suhaimi #Skandal #Adira berang #Adira skandal
;