Viral

Video Tular Serangan Balai Polis Hanya Latihan Simulasi

gempak
Gempak
27/07/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Video Tular Serangan Balai Polis Hanya Latihan Simulasi
Polis Johor sedang melaksanakan latih amal simulasi gemparan am membabitkan semua balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri tersebut.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, latih amal itu dilaksanakan bermula 2 Julai lalu hingga 5 Ogos depan mengikut perintah tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A124).

Latihan simulasi

"Simulasi latih amal ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan perancangan dan tindakan Polis Johor dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.
"Selain itu, ia bertujuan memastikan semua pegawai dan anggota Polis Johor dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi situasi krisis," katanya dalam kenyataan akhbar pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Perselisihan Perhubungan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tak Laku Gara-Gara Youtuber & TikToker Jadikan Sebagai Lokasi Content Seram, Pemilik Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami Balik Dulu, Nanti Datang Lagi" - Abang Farah Kartini Ziarah Kubur, Wajah Hiba Ibu Bikin Netizen Sebak

Kumar berkata demikian sebagai mengulas video yang tular berdurasi 13 saat di Telegram memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata 'menyerang' sebuah balai polis.
Video memperlihatkan sekumpulan lelaki membawa senjata dipercayai kayu atau besi seakan-akan sedang 'menyerang' Balai Polis Pekan Nenas, Pontian.
Justeru, beliau meminta orang ramai tidak panik dengan khabar angin berkaitan video latih amal yang ditularkan melalui media sosial itu.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu berkaitan latih amal ini kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live