Viral

Rumah Tak Laku Gara-Gara Youtuber & TikToker Jadikan Sebagai Lokasi Content Seram, Pemilik Buat Laporan Polis

gempak
Gempak
25/07/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Rumah Tak Laku Gara-Gara Youtuber & TikToker Jadikan Sebagai Lokasi Content Seram, Pemilik Buat Laporan Polis
Kandungan berunsur seram sering meraih perhatian pengguna media sosial. Antara kandungan yang mendapat perhatian termasuklah eksplorasi rumah tinggal yang kononnya memiliki kisah ‘hitam’ di sebaliknya.
Tidak hairanlah jika ada segelintir pencipta kandungan yang sanggup mereka cerita palsu, semata-mata mahu membuatkan penonton mengikuti kandungan yang dikongsikan.

Content seram

Hal ini dilihat memberi impak negatif, sama seperti apa yang berlaku terhadap pemilik sebuah rumah tinggal yang terletak di wilayah Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.
Menerusi laporan Detik, pemilik rumah berkenaan terpaksa membuat laporan polis terhadap tiga saluran Youtube dan dua akaun TikTok gara-gara kandungan seram yang direka dalam hartanah miliknya untuk tujuan meraih perhatian penonton masing-masing.
Pemilik tersebut berkata, hartanah tersebut kini sedang melalui proses penjualan dan kandungan seram yang dibuat tanpa kebenaran telah mendatangkan kerugian kepadanya.
Menurutnya, kandungan tersebut memberi impak negatif sehingga hartanah yang ingin dijual itu tidak laku. Ada juga beberapa calon pembeli yang menarik diri daripada membeli pada saat akhir disebabkan kandungan seram yang dimuat naik.

“Lapan calon pembeli menarik diri disebabkan kandungan seram mengenai rumah itu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram...Wanita Ini Kongsi Suami Tiba-Tiba Dirasuk Dalam Perjalanan Pergi Berubat

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Diganggu Makhluk Halus, Pintu & Tingkap Diketuk Setiap Pukul 3 Pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah Tok Ram Pun Pernah Alami Kejadian ‘Pelik’!

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"

Dalam masa sama, pemilik rumah itu berkata, kediaman berkenaan yang telah ditinggalkan kosong sejak enam bulan lalu masih mempunyai barangan bernilai di dalamnya.
“Keadaan dalam rumah bersepah. Ada juga sisa barangan yang rosak dan pecah.
“Banyak barangan hilang seperti sembilan unit penyaman udara, perhiasan diperbuat daripada emas 28 gram dan televisyen. Kami tidak tahu siapa yang mencurinya,” jelas pemilik kediaman itu lagi.
Lebih memburukkan keadaan, poster ‘Untuk Dijual’ yang diletakkan di luar pagar turut dibuang oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, pemilik rumah turut menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan pencipta kandungan yang memaparkan dokumen peribadi milik keluarganya.
“Gambar-gambar bapa saya juga dipaparkan, perhiasan rumah turut ditayang. Mereka juga membuat cerita palsu yang mengatakan bahawa rumah itu sudah ditinggalkan 10 tahun dan milik orang kaya Arab,” katanya.
Sementara itu, ketua polis tempatan, Komisioner Polis Andika Dharma Sena mengesahkan sudah menerima laporan berhubung perkara itu dan dalam proses menyiasat kes tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live