Hilang kata-kata apabila penyanyi nasyid Dr Fitri Haris mengetahui butiknya, Al Mukarramah yang dibuka sejak 2018 turut musnah akibat kebakaran yang berlaku di Wisma Jakel Shah Alam pada pagi Ahad.

Menganggap ia ujian pembukaan tahun baharu, Fitri berkata dia mengetahui keadaan butiknya itu sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.

“Saya anggap satu ujian untuk melangkah tahun baharu ini. Saya tahu berita Jakel terbakar ni selepas solat subuh menerusi Twitter.

“Bila dapat tahu itu, saya terus hubungi staf tanyakan keadaan mereka. Ingatkan butik saya tak kena sebab nampak video viral tu hanya depan bangunan Jakel saja terbakar.

“Sebaik saja saya sampai ke lokasi, barulah saya tahu butik saya pun terkena… sebab api merebak sampai ke situ. Memang tergamam dan tak terkata,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mengalami kerugiaan hampir 70 peratus, Fitri bagaimana melahirkan rasa syukur apabila 10 orang pekerja butiknya dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Boleh katakan hampir 70 peratus juga kerugian yang saya alami. Patunya hari ini saya ada acara promosi di butik, jadi barang-barang dekat stor ground floor habis disapu api.

“Staf sempat selamatkan duit dan beberapa barang saja. Tapi barang yang terselamat itu pun mungkin tak boleh guna sebab asap.

“Walaupun sedih tapi saya reda dan terima ujian ini. Yang paling penting, staf selamat dan tak ada yang cedera… perniagaan itu tak apa, kita boleh buat lagi,” ujarnya.

Terdahulu, Gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Seksyen 7, pada pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.19 pagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

A post shared by Dr. Fitri Haris ™️ (@fitriharisofficial)