Kehadiran pelakon Nur Fazura dan suaminya iaitu aktor Fattah Amin yang berpakaian lengkap baju sekolah mengikut tema di konsert Ada Apa Dengan Melly baru-baru ini mencuri perhatian.

Berkongsi momen sebelum konsert, Fazura memuat naik video di TikTok memperlihatkan dia sempat meminta suaminya untuk membetulkan tudungnya.

Menerusi video tersebut, Fattah kelihatan tenang mencucuk jarum di tudung manakala berbeza dengan Fazura pula seperti tidak dapat menahan sabar.

“Untunglah suami penyabar… isteri tak berapa. Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pula. Haih… anyway, love you Fattah Amin,” tulis Fazura.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Fazura malah ada juga segelintir mereka yang mahukan suami penyabar seperti Fattah.

“Ada jual kat Lazada tak husband material macam ni?

“Alahai sweet sangat… suka sangat tengok. Makin berseri-seri kak Fazura ni tau… adore sangat,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, penyanyi Indonesia terkenal Melly Goeslow mengadakan konsert Ada Apa Dengan Melly selama dua malam pada Jumaat dan Sabtu lalu di Plenary Hall, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@fazuraofficial Mana sibuk pipi nampak tembam ke tak, mana nak buat sendiri pulak. Haih.. anyway, loveee you @Fattah Amin ♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey