Pelakon yang berasal dari Singapura, Datuk Adi Putra berharap agar semua yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat berkempen dengan berhemah dan matang.

Kata Adi Putra meskipun berbeza ideologi atau parti yang disokong, namun semua pihak perlu lebih hormat dan menghormati pilihan masing-masing.

"Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang.

"Walaupun perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati. Selamat berkempen PRU 15," ucapnya.

Pelakon Filem KL Gangster itu berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik suntingan video yang memuatkan foto-fotonya termasuk foto lengkap berbaju penyokong Barisan Nasional.

Kemas kini itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata teruja bila mendapat tahu parti politik yang disokong Adi.

"Biru terang ye abang...cantik!" komen salah seorang pengikutnya.

"Saya sokong abang Mat Kilau," kata salah seorang warga maya.

"Ok sebab abang pilih dia saya follow je," tulis salah seorang netizen.

A post shared by ADI PUTRA #taatpadayangsatu (@adpadiputra)