Laman Utama

[VIDEO] Wow Siap Ada Lift! Janna Nick Akhirnya Berjaya Miliki Rumah Empat Tingkat; “Mungkin Persediaan Untuk…”

Asyikin Mayudin
20/09/2022
00:55 MYT
Pelakon Janna Nick meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah kedua yang lebih mewah untuk keselesaan keluarga.
Janna berkata biarpun proses mencari rumah bersesuaian mengambil masa dua tahun namun ia sangat berbaloi.
“Dua tahun proses saya nak mencari rumah yang sesuai. Alhamdulillah, jumpa juga yang bersesuaian dan bagi saya paling berbaloi.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur tapi tetap nak kena kerja keras lagi. Sebab semakin banyak komitmen, makin bertambah la kerja,” kata Janna kepada Gempak.
Terdahulu, penyanyi lagu Gatal itu berkongsi video ruang dalam rumah empat tingkat miliknya yang juga mempunyai lift di Instagram.
Untuk info, Janna Nick telah membeli rumah pertamanya yang bernilai kira-kira RM1 juta pada 2017.
Dalam pada itu, Janna memberitahu rumah mewah itu merupakan persediaannya untuk membesarkan keluarga.
“Mungkin persediaan untuk membesarkan keluarga. Saya pilih pun untuk keselesaan keluarga saya yang ramai. Adik-adik lagi, mak semua nanti tinggal sekali.
“Sekarang rumah itu belum lagi diubah suai… kena tunggu siap ubah suai sepenuhnya barulah pindah masu. Mungkin hujung tahun hadapan,” ujarnya.
Janna menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Dini Schatzmannn pada Jun 2019.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.