Selepas membuat pengumuman bersara dari dunia hiburan, Sarah Hildebrand memberi gambaran seolah-olah menyertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Sarah menerusi kemas kini terbaharunya di Instagram miliknya, memuat naik foto seperti menghadiri ujian ketenteraan di sebuah pangkalan tentera udara AS.

Dalam foto yang dikongsikan Sarah dilihat edang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.

Tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sarah yang sebelum ini merupakan pelakon dan pengacara itu hanya menulis tiada perkara yang mustahil di dalam kapsyennya.

“Nothing is imposible,” katanya ringkas.

Entri itu menarik perhatian pengguna laman sosial itu dan mereka mula mengucapkan tahniah kepadanya.

“Tahniah! Saya bangga dengan awak,” ucap seorang peminatnya.

“Awak sertai pasukan Tentera Udara AS Sarah? Tahniah!” kata seorang lagi peminatnya.

“Patutlah nak tambah berat badan. Tahniah Sarah,” ujar seorang netizen.

Dalam kemas kini terbaharu lagi, Sarah turut memuat naik rakaman video seperti melapor diri dan angkat sumpah angkatan tentera berikut.

Pada April lalu, Sarah telah membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya dari industri seni hiburan tempatan menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Selepas bersara, difahamkan Sarah nekad meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke AS.

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand)