Isu saman dan kompaun masih lagi menjadi topik ‘panas’ dalam kalangan netizen di kebanyakan platform media sosial.

Terbaru sebuah video memaparkan seorang pemuda ditahan polis gara-gara membawa barangan dalam kenderaan persendirian tular di Twitter.

Menurut individu tersebut, polis itu dikatakan mahu mengeluarkan kompaun gara-gara dia membawa barangan menggunakan van miliknya.

Menurutnya lagi, dia hanya mahukan penjelasan secara terperinci mengenai kesalahan yang dilakukan.

Adakah salah membawa barangan menggunakan kenderaan persendirian ataupun tidak.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton sebanyak 193,000 kali.

Rata-rata netizen kemudian meluahkan rasa tidak puas hati kerana kerajaan sebelum ini membenarkan tindakan membawa barangan persendirian susulan pandemik COVID-19.

“Memang tak boleh tapi waktu COVID-19 ni bukan ke kerajaan kasi longgar?”

“Weh kenapa pula ni, kenapa tak bagi penjelasan terperinci”

“Kalau bukan waktu Covid, pakai kenderaan berdaftar company kena ada lesen GDL” tulis beberapa netizen.

Untuk makluman, kerajaan pada Januari 2021 lalu mengumumkan individu yang menggunakan kenderaan persendirian sama ada kereta atau motosikal untuk penghantaran barangan atau bungkusan sebagai sambilan atau karyawan bebas dibenarkan meneruskan aktiviti mereka ketika pandemik Covid-19.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan pekerja sambilan dan karyawan bebas untuk meneruskan aktiviti mereka itu bagi membolehkan mereka menjana pendapatan ketika pandemik itu.

“Sementara untuk perniagaan melibatkan penghantaran barangan di bawah kategori Lori Pembawa A dan Lori Pembawa C, mereka dikehendaki memiliki lesen pengoperasian,” katanya.

Ka Siong berkata, ada keperluan untuk Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat kajian penggunaan kenderaan pensedirian untuk penghantaran barangan untuk usahawan yang sumber pendapatan mereka, terutamanya mereka yang terlibat dalam ekonomi gig yang telah terkesan akbibat Covid-19, bagi memastikan mereka mengekalkan pendapatan tambahan dan aktiviti perniagaan mereka dan keluarga.

“Saya telah mengarahkan MOT dan agensinya untuk mengkaji perkara ini dan membuat peraturan yang sesuai, supaya aktiviti perniagaan mereka boleh diteruskan dalam keadaan yang dikawal selia.

“Bagaimanapun, proses itu akan mengambil masa untuk diputuskan,” katanya.

Pada masa sama, Ka Siong menasihatkan sesiapa yang bekerja sendiri, bekerja sambilan atau karyawan bebas, untuk mendapatkan perlindungan insuran di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan mereka yang memandu perlulah sentiasa mengikuti peraturan jalan raya.