Isu poligami sama ada menikah dua atau tiga terus hangat diperkatakan.

Jika di Malaysia kisah pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah menikah dengan isteri kedua, Ira Kazar dan isu seorang jurulatih berdepan insiden isteri pertama dan kedua ‘bergaduh’ tarik rambut, lain kisahnya mengenai perkahwinan poligami yang viral di Indonesia ini.

Ia adalah kisah perkahwinan seorang wanita muda berusia 20 tahun, yang dikenali sebagai Alqia Zahra.

Majlis pernikahan dan resepsi Alqia menjadi viral di aplikasi TikTok kerana turut dihadiri oleh dua isteri suaminya yang kelihatan merestui perkahwinan ketiga lelaki tersebut.

Meski dalam video 15 saat itu terlihat mereka menitiskan air mata, namun kedua dua yang dipercayai isteri pertama dan kedua itu tetap meraikan kedatangan wanita baru dalam rumah tangga bersama suami yang perlu dikongsi tiga.

Menurut laporan Wolipop, Alqia menceritakan suaminya adalah rakan kepada bapanya. Mereka berkenalan pada 6 Disember 2022 sebelum memutuskan berkahwin pada 18 Januari 2023 di Curug, Tangerang, Banten.

Kata Alqia, suami pada mulanya hanya bergurau untuk menjadikan dia isteri ketiga, namun ia menjadi kenyataan. Malah keinginan berpoligami sempat dihalang keluarganya, namun akhirnya direstui.

Dia juga mengungkapkan hubungan dengan kedua isteri dari suaminya harmoni.

"Alhamdulillah akur semua baik. Semua akak akak saya, (madu nombor 1 dan 2) itu orang yang benar-benar penyabar.

Apalagi kakak yang pertama, tidak tahu hatinya terbuat dari apa punya rasa sabar seluas itu," jelasnya.

"Dan kakak yang kedua juga sama padahal lagi hamil tapi tetap sabar baik semua Alhamdulillah. Mereka orang-orang hebat," katanya lagi.

Kredit foto: Wolipop