Pempengaruh dan pengacara Live+ The Hardest Singing Show, Ceddy Ang menyelar tindakan segelintir individu yang sanggup membazir makanan demi menghasilkan kandungan ‘viral’ di media sosial.
Ceddy berkata, pencipta kandungan atau content creator selalunya sudah sedia maklum mengenai kandungan yang akan memberi ‘shock value’ atau tular dalam kalangan netizen.
Diabetes says hi?? pic.twitter.com/Evfb5IzicG
Ceddy mengulas mengenai trend luar negara yang menampilkan pencipta kandungan makan makanan ringan secara banyak dalam satu bekas bekas untuk meraih perhatian netizen.
Dalam pada itu, Ceddy menambah, trend tersebut sudah tentu boleh memberi impak terhadap kesihatan tuan empunya badan.
“Dengan mengorbankan kesihatan sendiri? Bukan hanya manusia biasa tidak sepatutnya makan Nutella sebanyak itu, namun, jika ia dilakukan hanya sebagai ‘pertunjukan’, ia sudah jadi satu pembaziran,” katanya.
Terdahulu, seorang individu viral di media sosial selepas menikmati Nutella dalam satu balang besar.
Video berkenaan meraih persepsi negatif dalam kalangan netizen, selain menerima kritikan daripada wargamaya yang bimbangkan kesihatan dan kandungan gula yang diambil individu berkenaan.