Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Viralkan Kedai Serbaneka Sebab Tak Dapat Angpau Pokemon, Individu Disekolahkan Netizen – “Benda Boleh Selesai Cara Baik”

Gempak
29/01/2024 08:55 MYT
Baru-baru ini, seorang pengguna di Platform X memuat naik satu hantaran meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah cawangan kedai serbaguna terkenal yang didakwa bersikap rasis terhadap pemberian cenderahati sempena Tahun Baharu Cina.

Menerusi entri tersebut, individu itu menyatakan bahawa permintaan hadiahnya ditolak oleh juruwang yang bekerja di kedai serbaguna berkenaan kerana dia bukan berbangsa Cina.



Penularan itu bagaimanapun tidak diterima baik warganet di mana majoriti pengguna media sosial menuduh individu berkenaan sengaja membesar-besarkan masalah walaupun telah menerima kata maaf daripada pihak yang diviralkan.

BERITA TRENDING: Lelaki Mengamuk Carwash Tak Nak Bertanggungjawab Hilangkan Karpet Kereta - "Dia…

Antara komen yang diterima:

"Benda boleh selesai cara baik, nak juga viral-viral ni. Bukannya kes besar sangat pun, staf tu salah faham, mana tahu dia tu staf baru,"

"Tujuan viral untuk dapat respons. Pihak yang viral dah minta maaf. Lepas tu tak nak terima maaf. Dah besar tapi mengalahkan budak perangainya,"

"Benda salah faham. Boleh selesaikan situ je kot. Jumpa manager, viral semata sebab angpao, apa dapat bro."

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih hampir 800,000 tontonan di Platform X.

Sumber: Platform X

#Viral #Netizen #Pokemon #Tahun Baru Cina #Rasis #Perkauman #Angpao
;