Memasuki era teknologi mudah alih, telefon pintar mula menjadi satu keperluan. Setiap momen pasti ingin dirakam dan diabadikan menerusi lensa kamera.

Bagi penggemar phone-photography, ini adalah masa yang ditunggu-tunggu selepas siri X50 pada tahun lalu.

Vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharunya, siri X60, yang meningkatkan penanda aras dalam fotografi mudah alih profesional.

Siri X60 yang terdiri daripada X60 dan X60 Pro, adalah pengeluaran sulung peranti Vivo hasil daripada kolaborasi bersama ZEISS, peneraju global dalam optik dan opto-elektronik.

Apa yang menariknya, siri X60 mampu memberikan pengalaman fotografi mudah alih yang terbaik.

Ini sekaligus menjadikan Vivo adalah syarikat ketiga yang menggunakan lensa daripada ZEISS selepas Nokia dan Sony.

Tak percaya? Ini kami kongsikan empat perkara menarik tentang Vivo X60:

1. Pembaharuan Dunia Fotografi



Telefon pintar Vivo pertama yang dibangunkan bersama dengan jenama ikonik, siri X60 mengintegrasikan inovasi Vivo yang berorientasikan pengguna dan kepakaran luar biasa ZEISS dalam pengimejan mudah alih untuk menghasilkan keupayaan perisian dan perkakasan yang maksimum.

Gabungan lensa optik terbaik, sensor, algoritma pemprosesan imej dan kepelbagaian ciri pelbagai mod membolehkan pengguna menikmati teknologi kamera yang sebelum ini terhad buat jurugambar profesional sahaja.

Kunci pada kehebatan keupayaan fotografi X60 terletak pada sistem pengimejan canggih rekaan bersama Vivo ZEISS, yang menghasilkan prestasi hebat dan tiada tandingan.

Siri X60 mempunyai tiga kamera belakang (48MP + 13MP + 13MP), serta kamera hadapan 32MP. Logo ZEISS dipamerkan pada lensa, manakala cap dagangan ZEISS Vario-Tessar diukir di bawah kamera, melengkapkan gaya unggul sebuah peranti fotografi profesional terbaharu yang pastinya menarik perhatian.

Buat pertama kalinya, pengguna juga boleh mengakses ZEISS Biotar Portrait Style pada siri Vivo X. Ciri baharu ini membolehkan pengguna menghasilkan potret profesional yang boleh disesuaikan, dengan kemampuan untuk memberikan kejelasan bertumpu dan efek bokeh berpusing yang harmoni serta unik.

2. Kuasa Optimum dan Prestasi Terunggul

Siri Vivo X60 juga memberi penekanan pada kuasa, sambungan dan kelajuan untuk memberi kepuasan kepada pengguna telefon pintar canggih, yang menginginkan prestasi peranti yang luar biasa. Siri Vivo X60 dilengkapi dengan Qualcomm® Snapdragon™ 870 yang jauh lebih baik dalam semua aspek berbanding pemproses terdahulu dengan memberikan pengalaman penggunaan harian yang menakjubkan dan lebih lancar.

Dengan peningkatan yang besar dalam prestasi CPU dan GPU, pemproses cekap tenaga ini mempunyai jalur asas 5G bersepadu yang dapat meningkatkan kelajuan rangkaian tanpa wayar 5G pengguna dengan latensi yang rendah.

Untuk meningkatkan kelajuan pemproses utamanya, Snapdragon 870 juga membolehkan pengguna membuat pemindahan fail yang jauh lebih cepat dan penyimpanan fail yang lebih besar.

Dikuasakan dengan bateri 4200mAh (TYP) dan teknologi FlashCharge 33W, pengecasan semula kuasa penuh dapat dilakukan mudah dengan ketahanan yang lama dan masa pengecasan pantas, sekaligus memberikan pengalaman mudah alih yang lebih menyenangkan.

Mengoptimumkan pengalaman deria pengguna, siri X60 menampilkan kadar segar semula (refresh rate) 120Hz dan kadar respons 240Hz yang silih berganti pada paparan AMOLED.

Kadar segar semula 120Hz yang mempelopori industri ini membolehkan penatalan dan tontonan dilakukan dengan lancar, manakala kadar respons 240Hz menjadikan skrin sentuh ultra-responsif untuk mengoptimumkan prestasi pengguna dalam kapasiti permainan mahupun pekerjaan.

Selain itu, siri X60 telah dianugerahkan dengan pensijilan termasuk HDR10+, SGS Eye Care Display, SGS Seamless dan Hi-Res Audio yang mana pengguna dapat menikmati paparan terang lagi menakjubkan, yang menghasilkan visual mengasyikkan serta tidak melesukan mata selepas penggunaan yang lama.

3. Reka Bentuk Ultra-Tipis dengan Estetik Premium



Walaupun terdapat pelbagai ciri hebat dan keupayaan canggih dalam siri X60, Vivo telah berjaya merangkumkan semua teknologi ini dalam satu reka bentuk yang tipis dengan rangka yang ringan.

X60 dilengkapi dengan Skrin Ultra O fleksibel 6.56 inci yang menakjubkan, beserta bulatan skrin kamera hadapan 3.96mm di tengah bahagian atas di samping bezel yang ultra-kecil; kombinasi warna Midnight Black hanya seberat 176 gram dengan reka bentuk yang sangat tipis iaitu 7.36mm.

Menampilkan lengkungan 3D yang elegan dengan estetik futuristik, X60 meneruskan gaya elegan X50 dengan potongan yang langsing dan siluet yang kemas. Konturnya lebih menawan serta dihiasi dengan ‘choker’ iaitu kemasan yang menghiasi sepanjang tepi bahagian atas untuk melengkapkan gaya keanggunan dengan sentuhan sofistikated.

Kamera belakang dilindungi dalam Dual-Tone Step Baharu X60, dengan reka bentuk berlapis pintar untuk mengelakkan reka bentuk yang besar. Dirangka dalam panel lata tipis bertindih yang disusun dengan cermat, Dual-Tone Step menggabungkan semua teknologi pengimejan bertaraf profesional dan ciri-ciri fotografi yang dibangunkan bersama dengan ZEISS.

Palet warna X60 Pro dan X60 yang diinspirasikan daripada kemekaran musim panas, tersedia dalam Shimmer Blue atau Midnight Black. Dengan Shimmer Blue, pengguna dapat merasakan sinaran visual dan menghayati semangat harapan daripada terbitnya matahari, daripada warna biru dan ungu lembut yang menyapa di sebalik kabus pagi.

Midnight Black pula merupakan kombinasi warna hebat yang menyelimuti pengguna dalam ketenangan langit malam pada musim panas, membolehkan mereka merasakan kehangatan semangat yang jauh tersembunyi dalam tenaga kehidupan.

4. Siri Vivo X60 Kini Terdapat Di Malaysia

Mulai 22 Mac 2021, kedua-dua varian siri Vivo X60 tersedia untuk prapesanan di semua kedai konsep Vivo, pengedar sah Vivo dan rakan kolaborasi termasuk Shopee serta Lazada.

X60 dijual pada harga RM2699 manakala X60 Pro dijual pada harga RM3299. Hanya untuk masa terhad sahaja (22 Mac 2021, 9.30 malam hingga 26 Mac 2021), prapesanan siri X60 di semua kedai konsep Vivo hadir dengan 1 tahun waranti lanjutan, 1 tahun perlindungan keretakan skrin dan kotak hadiah premium X60 atau bagasi percuma.

X60 (Jumlah RM458)

• Protection Plus
• 1 tahun waranti lanjutan
• 1 tahun perlindungan keretakan skrin
• Kotak Hadiah Premium X60
• Selonsong Telefon X60
• Pemacu Pena

X60 Pro (Jumlah RM658)

• Protection Plus
• 1 tahun waranti lanjutan
• 1 tahun perlindungan keretakan skrin
• Bagasi

Untuk pembelian 50 siri pertama vivo X60 di kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada, pembeli juga akan menerima satu kad hadiah HealthLand bernilai RM100 (dengan pembelian X60) atau sekeping tiket Aurum Theatre Cinema Pass bernilai RM110 (dengan pembelian X60 Pro).

X60 (Jumlah RM557)

• Kotak Hadiah Premium X60
• Selonsong Telefon X60
• Pemacu Pena
• X8 smartwatch

X60 Pro (Jumlah RM757)

• X8 smartwatch
• Bagasi

Untuk maklumat lanjut mengenai siri vivo X60 yang baharu, layari www.vivo.com/my/ atau Vivo Malaysia Facebook dan Instagram.