Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wafariena Terkilan Dipanggil Sund*l, Akan Saman Jika Terus Diprovokasi! - "Bukan Nak Berlagak, Tapi..."

Amri Hassan
20/05/2021 02:20 MYT
Pelakon Wafariena Roslan menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan serius dengan Syazuwan Hassan seperti yang didakwa seorang wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih aktor terbabit.

BACA: Hubungan 11 Tahun Putus, Bekas Teman Wanita Dakwa Syazuwan Hassan Curang Dengan Wafariena?

BACA: Bekas Kekasih Dakwa Curang, Syazuwan Hassan; "Makilah Banyak Mana Pun, Tapi Jangan Melampau!"

Kata Wafariena, 26, tuduhan itu tidak berasas dan menjelaskan Syazuwan hanya rakan industri yang pernah digandingkan bersama dalam drama bersiri Baby Tak Gila sebelum ini.

"Saya tak ada kena mengena dengan hubungan mereka... saya dan Syazuwan hanya kawan satu industri sahaja. Saya tak tahu kena dia nak libatkan nama saya. Tujuan saya menjelaskan perkara ini sebab nak bersihkan nama saya.

"Kalau betul saya bercinta dengan Syazuwan... mana bukti? Jangan main tuduh dan terus menilai saya tanpa mengenali siapa saya. Saya bukan hanya berkawan dengan Syazuwan seorang.

"Saya ada lagi beberapa kawan lelaki dalam industri. Takkan disebabkan saya berlakon bersama Syazuwan ketika hubungan mereka tengah bermasalah, dia terus tuduh saya menjadi punca," kata Wafariena

Sebelum ini tular dakwaan wanita yang dikenali sebagai Adora melabelkan Wafariena sebagai perampas dan punca perpisahannya dengan Syazuwan selepas 11 tahun bersama.

Malah, Wafariena turut sebagai seorang perempuan murahan dan rempit.

"Saya memang agak terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada saya terutama perkataan sund** dan rempit. Dia tak kenal pun siapa saya tapi dah terus melabelkan saya sebegitu.

"Bila saya tunjuk ibu saya status tersebut, dia pun agak sedih sebab dia sendiri tak benarkan saya ambil lesen motosikal dan tak ada pun motosikal... tiba-tiba nak labelkan saya sebagai rempit.

"Buat masa sekarang ini, saya positif sahaja walaupun ada yang kecam saya sehingga melibatkan karekter Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu dengan diri saya sama sebagai perampas.

"Tapi jika dia ada muat naik kenyataan yang melampau selepas ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Wafariena memberitahu pengurusnya sudah dihubungi oleh peguam bagi membantu seandainya kes ini masih berlarutan.

"Ada netizen cakap saya berlagak nak saman bagai, bukan cakap nak belagak, benda dah tertulis dalam akta, antara saya nak ambil tindakan ataupun tak je.

"Tapi kalau dah over sangat, bukan kata saya, sesiapa je berhak untuk ambil tindakan.

"Manager saya sendiri pun dah dapat offer dari pihak peguam untuk kes macam ni. Harap fitnah-fitnah macam ni tak berterusan.

"Saya lebih penting nak tumpukan kepada kerjaya saya sekarang," tulisnya di Instagram.

#pelakon #Viral #Syazuwan Hassan #Curang #Wafariena Roslan #Adora
;