Sebenarnya hari ini tak ada mukadimah panjang-panjang pun dari Miss K sebab teruja bila dapat kiriman foto daripada teman lama.

Memang Miss K tahu akan ada golongan yang tulis “terima kasih berita ini membantu ekonomi negara” atau “jiran saya kata berita ini penting untuk pembangunan negara”...Tolonglah, Miss K rayu…sila tengok ruangan berita nasional, bukan hiburan ya!

Okay…berbalik kepada foto yang dikirim teman Miss K tu kan…bukanlah apa sangat pun, tapi rasanya ramai yang ternanti-nanti.

Jeng..Jeng..Jeng…Miss K perkenalkan….inilah dia wajah teman lelaki pelakon Ruhainies yang ‘disorok-sorok’ selama ini.



Hehehehe…Jambu bukan? Pandai Ruhainies pilih teman hidup. Sama cantik, sama padan. Eh! Jangan tanya kat mana gambar tu dibidik sebab Miss K bukan tukang tilik. Kawan Miss K tu pun tak beritahu di mana atau bila...Agaknya teruja sangat dapat tengok juga wajah ‘mahal’ ini.

Kepada yang tak tahu apa-apa dan malas membaca sebelum ni tu kan..Ni Miss K terangkanlah sikit latar belakang jejaka dikenali sebagai Mr E ni ye.

Mr. E dan Ruhainies ini umur mereka sebaya…Mr.E ni belajar dan bekerja di London sejak tujuh tahun lalu.

Setahu Miss K Mr.E sudah lama tunggu Ruhainies daripada hati Ruhainies tak terbuka sampailah menjalin hubungan serius.

Mr. E juga seorang ahli perniagaan yang memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Miss K: Suka Ruhainies sebab tak sama macam sesetengah artis baru yang hidung tinggi!

*Psssttt…Kalau ada gossip atau cerita nak share dengan Miss K, e-mel di [email protected] ya!