Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Wah! Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Dah Catat 3 Juta Tontonan, Memang Power!

ZULHILMI JALIL
28/04/2020 05:32 MYT
Muzik video lagu tribute, Sentiasa Di Sini yang didedikasikan khas buat rakyat Malaysia yang berjuang ketika berdepan pandemik Covid-19 terus mendapat sambutan luar biasa.
 
Buktinya, muzik video yang diterbitkan oleh Astro Gempak itu kini sudah mencecah 3 juta tontonan dalam tempoh dua minggu ditayangkan di semua platform media sosial.
 
BACA: Capai 2 Juta Tontonan Dalam 7 Hari, Muzik Video Lagu Tribute 'Sentiasa Di Sini' Memang Padu!
 
Rata-rata memuji karya ciptaan Noh Salleh dan AG Coco selaku penulis lirik dan komposer itu sebagai sebuah naskhah yang benar-benar menyentuh perasaan.
 

 
Sentiasa Di Sini merupakan sebuah lagu tribute yang menampilkan 26 artis tempatan.

BACA: Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Noh Hujan Antara 26 Artis Berpadu Suara Jayakan Lagu 'Sentiasa Di Sini', Memang Gempak!



BACA: Power...Tak Payah Masuk Studio, Ada Artis Yang Rakam Lagu Tribute Perangi COVID-19 Guna Smartphone Je!

Jadi, jom sama-sama kita layan seketika muzik video Sentiasa Di Sini yang cukup istimewa buat kita semua sebagai rakyat Malaysia.
 



Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
 
#Tribute #COVID-19 #Sentiasa Di Sini