Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Wah Nampak Macam Hamil” – Ucap Birthday Pada Ray Tapi Perut Ozlynn Yang Jadi Perhatian, Ramai Cakap Tahniah

Mya Amri
08/06/2021 10:19 MYT
Kemunculan pelakon Ozlynn sewaktu menyampaikan ucapan hari jadi kepada penyampai radia ERA, Ray menjadi perhatian ramai.
 
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagrma ERA, suaminya iaitu pelawak Johan dan juga penyampai ERA, Haniff sedang ‘meraikan’ hari jadi Ray secara virtual semasa sesi siaran langsung JoHaRa.
 
Bagaimanapun, kehadiran Ozlynn yang berada di belakang Johan sambil tersenyum dan melambaikan tangannya kepada Ray menjadi bualan netizen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je)

 
Perubahan bentuk badan Ozlynn yang berisi di bahagian perutnya itu mencetuskan tanda tanya netizen.
 
Malah netizen juga sudah mula mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa gembira buat pasangan berkenaan.

  
Bagaimanapun sehingga kini Ozlynn masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.
 
Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada Julai 2009 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Molieq.

 
#Johan #JoHaRa #Hamil #Ozlynn #Nampak Macam Hamil