Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Wah! Sarah Suhairi, Sissy Imann & Wani Kayrie Cipta Lagu Bersama-Sama Lah

Zulaikha Yusof
18/04/2019 08:40 MYT
Pejam celik- pejam celik The House Musim Kelima sudah sampai ke penghujungnya. Banyak kenangan manis, pahit dan sedih yang telah dirasai oleh Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie sepanjang mereka meluangkan masa bersama.

Menerusi episod akhir The House Musim Kelima ini, Wani akan berkongsi tips untuk memikat jiwa hati lelaki. Jadi, untuk para gadis di luar sana, anda bolehlah cuba cara ini ok!

Dalam pada itu, episod kali ini juga akan menguji kreativiti mereka bertiga untuk mencipta sebuah lagu yang merupakan cabaran terakhir mereka sebagai penutup untuk kesemua cabaran di The House Musim Kelima.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga perlu menyanyikan lagu tersebut di hadapan tetamu jemputan iaitu Sufian Suhaimi. Agaknya apa respon Sufian selepas mendengar nyanyian dari tiga gadis ini?

Di samping itu, Sarah sempat memberikan tips 'coverline' ketika bersama lelaki. Wow! Banyak juga yang Sarah tahu walaupun dia tidak pernah bercinta tau.

Karakter sebenar Sarah, Sissy dan Wani dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti ini dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu mereka yang semestinya akan mencuit hati anda.

Kenali Sarah, Sissy dan Wani dengan lebih mendalam dan ikuti perjalanan tiga sahabat ini menerusi program realiti ini.

The House Musim Kelima turut diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.

Minggu ini merupakan episod terakhir The House Musim Kelima. Jika anda terlepas episod-episod sebelumnya, jangan lupa saksikan di www.thehouse.com.my untuk melihat gelagat Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie apabila diberikan pelbagai cabaran untuk diharungi bersama.

The House turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.

 
#The House #NIVEA #Musim Kelima